Tuesday, February 4, 2014

Welcome 2014

Harapan saya masih tak terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014.

Sangat banyak cabaran di tahun 2013 hope 2014 membawa seribu makna dan erti. Banyak misi 2014 yang nak ditunaikan. No more tipikal resolusi

" Saya hendak KURUS - Now saya hendak SIHAT" atau saya  nak jadi rajin tapi lebih kepada saya nak luangkan lebih masa untuk buat perkara yang saya tidak gemar. Nampak macam sikit perubahan tapi jika istiqamah maka impak nya sangat berbeza.Sesungguh nya saya telah lama mengabaikan kesihatan nan satu ini.


Nak lebih fokus dalam kerjaya dan fokus dalam menetapkan masa depan.

Jangan di ikutkan sangat emosi . Standard wanita emosi  or emo terlebih perkara ruji. Emosi ini perlu cuma kena bijak mengawal. Azam tahun ini abaikan perkara remeh tolak tepi segala perkara yang tak perlu nak di fikirkan.Yang meng kepoh hal orang (ok ini untuk diri sendiri) bercerita tak berhenti -henti pasal hal orang (juga untuk diri sendiri) . Saya pilih untuk lebih positif dan bersangka baik kepada semua orang. Sebab tak semua orang sentiasa nak buat keburukan. Macamana benci pun kita pada musuh cari la kebaikan. Kadang-kadang yang baik tue pun belum tentu jujur dan ikhlas dengan kita .

Spend quality time with families and friends. Kesibukan dalam kerja dan part time hobi saya menyebabkan saya kadangkala anti-sosial tanpa disedari. Terkejar sana terkejar sini. 30 minit masa berkualiti dengan keluarga lebih baik dari 3 hari bercuti bersama kalau semua dengan hal sendiri dalam erti kata lain Instagram & FB .

Ok yang paling penting tiang dalam kehidupan saya akan menjaga solat dan solat di awal waktu .Enough said. Tak perlu banyak eloborate kan sini. Semua maklum dengan apa yang saya cuba sampai kan..

Bloom Bakes - More cakes and cupcakes with more design and variety also new approach to the market.

Insyallah semoga semua yang kita azamkan akan berjaya.

"Never give up on your dream somehow, somewhere you will find it "






No comments: