Friday, December 13, 2013

Kari Kepala Ikan


This is all time favorite my MIL family . Kari kepala Ikan makan dengan nasi panas. Memang puas hati ok. Resepi ini style kari mamak tanpa santan.Sangat sihat tanpa lemak. Boleh dimakan juga dengan roti dan roti canai .
Jom tengok resepi .


Kari Kepala Ikan 

1 ekor Kepala Ikan Jenahak (saiz sederhana ) 
2 biji bawang besar ( dihiris)
5 ulas bawang putih (di hiris)
3 tangkai daun kari 
3 sudu teh halba campur
2 biji bawang besar ( di tumbuk lumat ) 
3 senduk besar rempah kari ikan ( rempah timbang dr Penang or boleh guna rempah kari Baba's)
1 peket kecil rempah kari ikan Adabi
 1 cawan air asam jawa (pekat)
1/2 cawan minyak masa
garam secukup rasa
10 batang bendi 
2 biji tomato
5 biji cili hijau 



Cara-cara:

1. Bancuh rempah kari dengan air dan gaul bersama bawang yang ditumbuk  (jadikan dlm bentuk pes)
2. Panaskan minyak. Bila dah cukup panas masukkan bawang yg dihiris serta halba campur.Goreng sehingga garing.
3. Bila garing masukkan rempah kari tadi bersama denga 4 cawan air.Kacau rempah sehingga sebati. Masukkan air asam jawa. Masak sehingga pecah minyak.Sehingga kering. Tambah lagi 2 cawan air dan biarkan kering. 
4. Bila rempah kering masukkan kepala ikan. Jangan kacau selalu takut kepala ikan hancur. Tambah air 1 cawan . Masukkan bendi , tomato dan cili hijau. 
5. Masukkan garam dan masak hingga ikan masak . 
6. Sedia untuk hididangkan.

No comments: