Thursday, August 22, 2013

Nasi Arab a.k.a Chicken Mandy


Resepi ini di buat sama. Dalam bulan Ramadhan lepas.Ceritanya salah sorang colleague dekat office datang mengkhabarkan yang semalam wife saya masak nasi arab and so on bla bla... Wahhh.. tercabar diri ku yang dah lama nak cuba buat chicken mandy . Asyik tengok blog jer bila ntah nak buat.

Pada hari yang berikutnya time lunch terus saya memecut dengan laju ke MAhnaz Food di Shah Alam. Khabarnya serba serbi semua tersedia dijual. Lain masa kita review pasal kedai nie. Kedai menjual barangan dari timur tengah.

Chicken Mandy versi saya dimakan dengan Salsa Timun , Sambal Tomato, timun dan Cili Hijau  jangan lupa yogurt. Tapi time nie no yogurt . Lupa nak beli.

Ok balik rumah terus masak. Teknik nak buat Chicken  Mandy  senang ajer... Nanti kat bawah saya explain.

Resepi adalah seperti berikut:

Untuk Nasi :




3 pot Berasa Basmathi - direndam selama 20 minit dan dibasuh
4 pot air rebusan ayam - air biasa pun boleh 
3 sudu makan rempah chicken mandy
2 biji bawang merah - dihiris 
2 ulas bawang putih - dihiris
sedikit campuran kulit kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih 
3 sudu makan minyak sapi 
1 sudu makan minyak sayur 
1 biji lemon kering - dibelah 4
arang 
2 sudu makan minyak zaitun


Ni lemon kering

Cara- cara

  1. Masukkan minyak sapi dan minyak sayur dalam rice cooker . Bila cukup panas masukkan bawang dan rempah campuran  . Tumis sampai bawang layu.
  2. Bila bawang layu masukkan rempah chicken mandy . Masak sampai garing. Masukkan beras dan lemon kering Kacau sampai rata.
  3. Masukkan beras. Biarkan sampai nasi masak. Bila nasi masak gemburkan nasi . Ambil aluminium foil buatkan seperti mangkuk kecil. Korek lubang di tengah nasi. Masukkan mangkuk aluminium tadi dan tuangkan minyak zaitun. 
  4. Bakar arang dalam size 50 sen or sebesar ibu jari . Ikut kuantiti nasi . Bila dah jadi bara cepat-cepat letak dalam mangkuk aluminium tadi dan tutup periuk. Nak makan nanti baru buka.



Untuk Ayam 

Bahan-bahan 

1 ekor ayam - dibasuh bersih dan dilapkan dengan kitchen towel
3 sudu makan rempah mandy .

Cara-cara
1. Perapkan ayam dengan rempah mandy.
2. Panaskan sedikit minyak dalam non-stick pan. Goreng ayam separuh masak. Goreng hanya untuk ayam jadi brown di luar.
3. Masukkan ayam tadi ke dalam baking tray . Tutup dengan aluminium foil . Pada suhu 200 degree Celcius bakar ayam 40 minit pertama. Selepas 40 minit buka aluminium foil tuangkan secawan air dan masukkan semula dan bakar lagi 20 minit tanpa aluminium foil. Hingga ayam masak.
4. Potong ayam dan masukkan dalam nasi.Hidangkan bersama nasi.



Salsa Tomato 

Potong  dadu timun ( saya guna timun Jepun) , tomato , bawang merah , daun ketumbar ,dan cili merah. Perahkan limau nipis dan sedikit garam.Siap untuk dimakan.

Sambal Tomato

3 biji buah tomato 
3 tangkai cili padi
1 ulas bawang putih
1 1/2 cawan air
sebatang daun ketumbar
Garam

Blend semua . Blend kasar dan sedia untuk dihidangkan.



Timun dan Cili Hijau 

2 comments:

nuhaz said...

fizaaa...miss u..

sgt rajin..suke tgk resepi fiza tp bila ntah nk try masak hihi

Fiza Amran said...

Nuhaz :
Miss u too darling... insyallah nanti boleh cuba