Thursday, May 9, 2013

Gulai Ketam Dengan Nenas







Kali nie nak share resepi . Balik penang untuk mengundi kali ini saya teringin sangat nak makan ketam . Teringat ketam yang arwah tok saya selalu masak. Yummy .. yummy .. alangkah sedih nya hati no one yang sempat ambil resepi dengan tok . Resepi ini menjanjikan yang terbaik jugak. Rempah special dari kedai mamak rempah kat Penang .What special about it is ... rempah akan di campur mengikut jenis masakan yang kita nak. Mengikut ratio. Dia x pre pack macam rempah Baba's , ADABI dan sebagainya . Saya nak masak gulai ketam saya pergi sana cakap nak rempah ketam and dia akan pack kan on the spot mengikut berapa banyak yang kita nak. Kalau rasa nak beli atau rasa rempah boleh kirim dengan saya . Bila saya balik Penang saya akan beli dan poskan untuk awak awak semua . :)

Email : fiza_amran@yahoo.com

Cara masakan gulai ali ni ialah dengan kaedah tumis darat. Bermaksud rempah dan bahan-bahan di rebus /masak bersama sehingga rempah hilang bau dan bawang serta bahan lain di tumis dalam kualai dan dicurahkan kedalam periuk ketika panas.

Tapi untuk resepi kali ini ialah :


Bahan-Bahan :

1 kg ketam 
200gm rempah udang /ketam/ikan (nak sedap guna rempah Baba's campur dengan Rempah Adabi )
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu teh halba campuran
3 tangkai daun kari
nenas muda yang manis 


Cara-cara:

Nenas di gaul dengan rempah dan ditambah air sehingga nenas tenggelam . Masak rempah dan nenas sehingga hilang bau rempah 
Bila bau rempah dah hilang masukkan ketam yang telah disiang dan dibelah dua . Masak seketika sampai ketam masak dan masukkan garam .

Pada masa yang sama, tumis bawang besar , bawang putih dalam kuali bila dah garing tuangkan kedalam ketam dan nenas yang telah direbus dan tutup periuk . 

Sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

honeylily said...

i pun kalau balik penang selalu beli rempah basah kat market bayan baru...beli byk2 pastu freez kan.boleh simpan 3-4 bulan.rempah basah penang memang best..cari kat KL memang tak de...

Fiza Amran said...

honeylily mana nak dpt kan kat sini silap2 kena giling sendiri