Saturday, March 16, 2013

Resepi Bergedil Daging


Seperti sedia maklum saya suka makan dan memasak. Sebenarnya dah lama terperap gambar nie. So kali nie jom saya tunjuk macam mana nak buat bergdeil daging yg sangat simple nie. 

Bahan-bahan: 

3 biji kentang  - di rebus dan di lecek
4 sudu besar daging cincang
1 biji bawang besar - di potong dadu 
4 batang daun sup - di hiris halus 
3 sudu makan bawang goreng 
1 biji telur - dipecah dan di kacau
garam dan lada sulah secukup rasa



Dalam mangkuk campurkan kentang , daging cincang , bawang merah , bawang goreng , daun sup , garam dan lada sulah. Gaul rata.


Setelah siap, bentuk kan seperti bebola bujur sehingga habis. Celup dalam telur dan digoreng dalam minyak panas sehingga kecoklatan.


Bergedil yang telah siap di goreng


Sedap dimakan bersama dengan bihun sup atau soto


Saya makan bergedil dengan tauhu goreng cicah kicap ABC.

Selamat Mencuba

2 comments:

Cikgu Hairul said...

Nak kena cuba jugak ni. Selalu makan kat kedai. Seringgit sekeping. Sangat menyelerakan. Thanks Combi.

Fiza Amran said...

Cikgu Hairul - Heeee.... terima kasih