Monday, February 18, 2013

Sumbangan Bulanan Ibu Bapa Sedar atau Tidak Sedar


Setiap dari gaji anda.. ada tak allocation buat kedua ibu bapa tercinta atau pun ibu ataupun bapa ( pada yang tidak ada keduanya ) .Perlu ker nak bagi pada ibu bapa setiap bulan? Ada jawapan yang akan kedengaran begini.

"Bapa saya dah ada wang sendiri . Dia ada pernigaan sendiri. Apa keperluan saya untuk saya beri pada dia?"

"Ibu dan ayah saya masing2 ada pencen sendiri . Tak payah beri la rasanya "

"Gaji Ibu saya lebih banyak daripada gaji saya sendiri.Nak beri lagi ker?"

Dalam personal financial planning pun ada diletakkan bahagian untuk sumbangan ibu dan bapa. Tak percaya cuba anda Google. Kenapa saya perlu bersusah payah bercerita tengtang hal ini? Yang mana sedar Alhamdulillah . Yang masih tidak sedar anda adalah golongan yang paling rugi kerana tidak pandai nak mengGANDA kan duit sendiri tanpa perlu berbuat apa-apa. 


Sebenarnya , sumbangan kepada ibu bapa ini WAJIB diberi setiap bulan walaupun ibu bapa anda masih bekerja atau pun sudah bersara dengan wang pencen ataupun punya bisnes sendiri. Bukan excess wang .Tapi satu amaun yang tetap. Kerana dalam mencari keberkatan rezeki sumbangan ibu bapa ini lah yang akan membantu anda di kala anda "kesesakan " wang. Sekejap.. sekejap... bukan mintak balik pada mak ayah bila 'sesak' tue. 
Sekadar berkongsi pengalaman saya. Saya setiap bulan akan beri sejumlah wang pada mama saya.Saya dan adik-beradik yang lain menggunakan kaedah joint account antara kami dan mama.So setiap bulan dengan ikhlas dan without fail akan masukkan wang pada mama. Kalau mama memerlukan dia boleh keluarkan wang yang diperlukan ( mama punya kad untuk setiap joint account ) . Biasa la kita masih muda dan kadang-kadang terbabas jugak dalam berbelanja. Kalau dikutkan amaun yang tinggal dah jadi defisit .dah negatif. Tapi keberkatan sumbangan bulanan ini dapat menyambung nyawa hingga gaji seterusnya. 
Macamana.... biasanya kalau saya dah sampai dalam keadaan begitu dengan izin Allah kadang-kadang tak keluar belanja pun untuk makan minggu-minggu "sesak".Ada sahaja rezeki Allah S.W.T bagi. Contohnya tiba-tiba ada potluck kat office, kawan berhajat nak belanja makan atau pun ada orang bayar hutang yang tak disangka. Dengan itu saya boleh sustained.
Alhamdulillah jugak , sekarang ini tiada lagi waktu "sesak" seperti selalu kerana saya semakin yakin dengan keberkatan pemberian sumbangan bulanan pada ibu  saya.Sekadar berkongsi pengalaman.

Sebab itu saya katakan tadi. Wang telah berganda tapi bukanlah dalam bentuk wang tapi dalam bentuk rezeki yang kita memerlukan.

Dalam Islam saya pernah terbaca hadis. Betulkan saya kalau saya salah. Bukan sahaja duit ringgit yang wajib diberi tapi perhatian dan kasih sayang kepada ibu bapa juga adalah salah satu sumbangan yang wajib dilakukan.Bukan sekadar beri wang ringgit sahaja. Kena selalu balik kampung melawat ibu dan bapa di kampung .Kerana tanpa kerehdaan mereka siapa lah anda sebagai anak perantau di sini.



1 comment:

Qyla Aqilah said...

SEtuju sangat..gaji lah ribu2 pun kalau tiada keberkatan dari ibu bapa memang tak cukup lah sampai bila2..:)