Thursday, February 14, 2013

Resepi Nasi Ayam


Dah lama saya tak post kan resipe di sini. Hari ini nak share resepi Nasi Ayam.. Nasi ayam jer nama xde hainan ker , ipoh ker penang ker apa. Asal rupa macam nasi ayam kira ok. Cuti panjang baru nie berkesempatan buat nasi ayam untyk cik El .. Maklumlah dia makanan favorite Ck El. Nasi Ayam.






Resepi untuk 4 orang

Nasi Ayam
Untuk Nasi :

 4 pot beras panjang
4 1/2 pot air rebusan ayam
1 senduk planta
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inchi halia
daun pandan


Kaedahnya :

Basuh beras dan tos kan. Panaskan planta dan masukkan bawang serta halia goreng sampai layu dan beras ,masukkan air rebusan ayam serta daun pandan. Masak diatas rice cooker sampai nasi masak.


Untuk Sup :

Sup ini akan digunakan untuk nasi dan masak nasi

10 kaki ayam ( kalau suka , x suka boleh letak carcass)
2 batang lobak merah
2 labu bawang besar
1/2 biji kobis saiz sederhana ( jangan potong biarkan sebiji)
garam
1 ketul kiub knorr chicken
Air secukupnya

Kaedah :

Rebus semua sekali dalam periuk sampai kaki ayam /carcass masak. Biar betul-betul mengelegak. Akhir sekali masukkan kobis ke dalam sup. Rebus sampai kobis layu dan biarkan sejuk .

Untuk Ayam :

1 ekor ayam di belah 2
Sos tiram
Minyak Bijan
Kicap ABC
Bawang Putih
Halia

Kaedah

Celur ayam dengan sup yang mengelegak ( sup yang tengah masak tadi , masukkan yam dalam 5 minit dan angkat ) . Perapkan semua bahan di atas sehingga sebati . Goreng dengan minyak panas dan deep fry .

Untuk Sampingan :

Cili - Blend tomato biji, cili hidup , halia , bawang putih dengan sup ayam .Perahkan limau nipis dan tambah kan gula dan garam

Kicap - Sos tomato , kicap manis , sedikit sos tiram dan minyak bijan serta sedikit sup

Salad , timun dan tomato.


Untuk Tauge 

Celurkan tauge dengan air panas selama 5 minit. Toskan air . Letakkan 1 sudu teh kicap cair , sedikit lada sulah dan cili merah dipotong halus . 


Sedia untuk dihidang kan..


4 comments:

GrEeNLaicY said...

aci tak klw nak copy paste dlm blog, kendian ngaku saya yg masak???
heheeeee...

Fiza Amran said...

Hahahahaha .. ikut la memana pun.. asal happy sudah..

nuhaz said...

nak kne try ni..mudah je cara fiza..xpenah lg msk ns ayam :)

Fiza Amran said...

nuhaz - insyallah jadi.. yakin yg penting : )