Thursday, September 13, 2012

Sabah Trip Part 1


Salam sayang ,
lamakan saya tak updated blog?? Sejak dari hari raya pertama dan seterusnya kami sibuk berjalan. Melawat saudara mara dan juga insan yang tidak bernasib baik. Ada juga yang mendirikan rumah tangga . Syukur dan tahniah diucapkan.
Alhamdulillah jugak rezeki kami suami isteri dapat berkunjung ke negeri di bawah bayu ,Sabah.Kunjungan kali ini menghadiri majlis walimahtul urus makcik saudara elli. Saya ?? tumpang seronok ja...
Apa yang saya boleh rungkaikan ialah. Cantik dan subhanallah .. Indahnya ciptaan tuhan..Makanan seafood sangat segar ..Semuanya manis lagi. Berjalan di Pasar Malam Sinsuran membuatkan saya hampir hilang arah sebab terlalu banyak mutiara or pearl yang di tawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Siang hari nya berjalan lagi ke Pasar Kraf (Philiphina)

Jom tengok gambar yg saya sempat snap semasa di sana :



Longgokan Lobster atau Udang /kara yang berharga RM35/ ekor


Pelbagai jenis ikan bakar yang di tawarkan. Name it a few , ikan susu, ikan putih dan ikan belawis yang tak tau nama pun ada.

Close up sikit ini ada ikan merah , ikan pari dan sebaginya .

Ini ikan bawal

Ini at first saya ingat ikan salmon rupanya ikan tuna nampak macam ikan tonggkol kan?

Ini anatara rampai yang digunakan untuk buat kerabu rumpai laut.

Rumpai laut nama nya Lato' a.k.a rumpai laut anggur. Ada fungsi untuk awet muda dan sangat sedapppppppppppppppppp

Ini mangga muda.


Bed of prawn . Saya allergic saya tak boleh makan agak rugi di situ.


Close up lobster



Ini rumpai laut yang terdiri daripada lato' , pokok agar-agar tomato hijau , bawang yang digaul bersama dengan air asam jawa , cili padi dan air limau . Rasa nya ...............terangkat..

Ini avocado.. Sini jus avocado dijual kat pasar malam jer..
Semua ini boleh didapati di Medan Ikan Bakar belakang Pasar Filipina

 Lepas balik berjalan-jalan dan makan di medan ikan bakar. Kami sambung perjalanan ke pasar Malam Sinsuran untuk borong mutiara dan souvenier. Tak sempat ok nak survey but base on what sorang kakak nie cakap . Pasar Filifina ( Kraf ) siang hari lebih mahal dari pasar malam Sinsuran yang kualitinya sama.Pasar malam Sinsuran ada setiap malam di belakang Hotel Le Meridien , Kota Kinabalu.

Ini pisang goreng cheese di Anung Senja berdekatan dengan Hotel Promenade di KK. Lot no 10 di buka dar jam 4 ptg sehingga 2 pagi.Rasanya ..terbaikkk... Later on cheese akan cair di aats pisang goreng yang panas.

Pandangan dar bilik hotel . Hotel Promenande. Diseberang sana adalah Pulau Gaya. Kami x sempat emlawat ke Gaya Street kerana kesuntukan masa.


Pandangan Medan Ikan bakar pada siang hari. Kelihatan bot-bot baru pulang dari laut mendaratkan hasil tangkapan.




Antara souvenier comel untk diri sendiri

Muka happy dapat jalan -jalan di paar kraf. Tak beli apa sangat sebab dah banyak membeorng malam tue.

Terjumpa kedai jualan barangan hasil laut utk tujuan perubatan. Gamat laut a.k.a Sea Cucumber dijual dengan harga RM 450 /kg


Perut ikan RM 1490 per packet.

Sama seperti diatas


Semasa berjalan di koridor kedai saya terjumpa satu kedai kecil yang jual pelbagai jenis sup ikan dan juga ikan bakar. Nama ikan diatas ialah ikan Ogos. Mungkin disebabkan di tangkap dalam bulan ogos.

Ikan belawis

Itu sahaja for this time . Nanti sambung lagi untuk tempat lain yang sempat saya lawati.
Take Care Muahhhhhhhhhhhhhhhhh

2 comments:

honeylily said...

tak bagitau..lau tak ble pesan lobster!

izyantyPersonalTaste said...

bestnya banyak makanan sedap...