Thursday, April 5, 2012

Review- Majlis Akad Nikah 02 March 2012


Salam sayang ,

Event : Akad Nikah
Venue: Home Sweet Home
Time: 5.30 ptg


*p/s : Entry yang sangat panjang .. 
Akhirnya kini pasti saya berjaya untuk menghadirkan diri mengupdated blog kesayangan. Setelah genap sebulan beumah tangga .. Baru lah dapat merasa untuk membelek blog kesayangan hamba.Seperti yang di janjikan jom saya review majlis akad nikah saya.Maaf banyak benda yang saya missed untuk di fotograph kan. Tapi kenangto all an tetap kekal dalam ingatan.Dek kerana kelam kabut dan saya lah macam pengantin dan sayalah wedding planner.
 To all B2B di luar sana.Delegates your task..Jangan buat semua.Macam kes saya .Adik-adik saya dah banyak task kami short hand tak sampai hati nak serahkan lagi tugas2 yang saya rasa saya boleh handle.Tapi hujung time tak cukup masa dan agak kelam kabut.Tepat jam 12 tgh hari hantaran saya siap digubah oleh saya.Malam sebelumnya say tido jam 4 pagi untuk menggubah fresh flower saya dan disimpan didalam peti sejuk sebab majlis saya selepas asar.Bila dah dapat gambar from OP saya akan upload kan di sini. Jam 1 tgh hari saya masih belum mandi. Baru teringat saya tak buat lagi sireh junjung saya. Hahahahahha memang klasik kejadian dengan menggunakan apa sahaja yang ada dalam kepala masa tue saya gubah ala kadar tapi hasil nya cukup puas hati.

Jam 1.30 ptg saya selesai mandi dan bersiap-siap ke Butik pengantin untuk ber make up. Hmmm.. B2B utara kebanyakan butik di sini x nak datang ke rumah untk make up pengantin. Mereka prefer untuk make up di butik supaya bleh make up pengantin yang lain jugak dan mereka tidak terkejar-kejar untuk ke san ke sini. Con nya pengantin la yang terkejar -kejar. Ada kejadian yang menduga hati semasa make up .Tengah ber make up datang la sorng minah nie. Tanpa appoitment nak jumpa mak andam saya. Sibuk nak itu nak ini nak tanya itu nak tanya ini.Sedangkan majlis dia lambat lagi. Yang mak andam tue pulak tengah make up kan saya .Tak considerated lansung la. Fikirla pakai akal orang ada majlis kot nak kena make up pengantin jangan la ko sibuk nak sergah time tue jugak.Sangat teruji kesabaran saya. After 15 minit dia balik dan mak andam saya tak habis habis ckp sorry. Hmmmmm.... apa nak buat kan... Redha jer sebab benda dah jadi. Tepat jam 5.00 ptg saya siap ber make up dan berbaju nikah. Kelam kabut la pengapit 1 dan pengapit 2 saya.Bila keluar kedai hujan selebat-lebat hujan kat luar. Puas baca ayat kursi dan mcam-macam lagi supaya dipermudahkan majlis saya dan perjalanan saya.Perjalanan diteruskan YES!!! sepanjang jalan air naik. Hati saya tuhan jer yang maha mengetahui. Permudah kan lah permudahkan lah.....Nasib baik driver saya cekap dalam kelam kabut dia berjaya membawa saya pulang dengan selamat.
Ketika sampai dirumah saya dah nampak rombongan pengantin lelaki dah sampai. Alamak!!!! pengantin lelaki sampai dulu dari pengantin perempuan. Waktu nie keadaan rumah saya sangat kucar kacir hujan lebat menyebabkan banjir dan air naik separas buku lali. Keadaan luar sangat horror.. Khemah tak boleh digunakan. Masyallah hujan turun selebat-lebat nya.Dalam hati saya masa tue semoga hujan yang turn membawa rahmat yang melimpah ruah pada kami berdua. Saya redha.semua
Dalam keadaan hujan lebat saya berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah. Bila sampai kat bilik semua BFF saya tengah menanti . Thanks gurlss... susah payah datang wedding aku.Terharu tapi kena control sebab nanti make up rosak. Waktu nie tak terasa sangat debaran nya sebab sibuk berposing and all.
Sambil tue saya tak duduk diam sebab sibuk nak keluar dekat luar nak dengar upacara akad nikah dijalan kan. Awat yang hang kalut sangat nie Fizaaaaaaaaaaaaaaaaaaa??????????????????????
Ok sepanjang pengalaman saya menyaksikan majlis akad nikah di bahagian utara .( Penang maksud saya). Kebanyakan nya pengantin perempuan kena tunggu dalam bilik tau tau saja pengantin lelaki nanti dah mai masuk dalam bilik unutk upacara membatalkan air sembahyang.Saya tak mau ok.. Saya nak dengar apa bakal suami saya lafazkan apa taklik yang dia baca kan.Masa tue saya dah tak peduli apa orang nak kata ada aku kesahhhhhh.. Terus roger mem besaq saya nak duduk tepi pelamin. Haaaa.. mem dah agree lega rasanya.Biasanya nanti masa wedding akan ada mami jarum yang dok buat kalut x pasal-pasal nak arah itu ini. uisshhhhhhhhhhhhhh pantang aihhhhhhhhhhhhhh.Untuk elak semua tue saya berjaya .

Akhirnya saya berjaya duduk sebelah pelamin ketika majlis. YESSSS.............. aku berjaya.Dengan penuh kesyahduan saya mendengar bait-bait kata-kata suami saya untuk lafaz nikah.Dengan sekali lafaz "SAH" saay dah menjadi milik Elli Shazwan Mustapha Kamil. Dengan ini saya menjadi tanggungjawab beliau dalam segala hal.

Syukur alhamdulillah semua nya selesai dan majlis berjalan dengan sempurna dan sederhana tapi meriah. Cenderahati saya untuk nikah berupa senaskah yassin bersama dengan pulut kuning + rendang daging , cupcakes comel dan bahulu gulung.

 Seterusnya gambar majlis nikah saya dari pelbagai sumber.Thanks to all.. Enjoy..













1 comment:

Ina Khairina said...

hai fiza....selamat pengantin baru,sori lambat wish....byk ujian hg sblm majlis kan tp apa2 pun bersyukur majlis berjln dgn lancar...semoga hg n asben bahagia hingga ke syurga,aminnnn