Thursday, March 15, 2012

Kehidupan Mrs Fiza Amran

Salam peeps,

Miss u all... lama x berkata-kata kat sini. Sebetulnya saya tengah bersemangat nak bekerja tapi batuk saya dah seminggu tak elok lagi membantutkan diri nak buat kerja. Batuk tahap tangkap kepala dan muntah-muntah puas dah makan ubat x elok2 jugak..

Kehidupan sebagai Mrs... Yes memang masih dalam proses menyesuaikan diri atau saya lebih suka sebut adjustment. Of course banyak perkara perlu di ubah dari perkara sekecil-kecil hinggal lah yang sebesar-besar perkara. Kalau dulu setiap pagi bangun dan siapkan  baju sendiri terus pergi keje. Sekarang nak siapkan keperluan suami dulu baju dah bergosok ( ini perkara paling saya tak gemar buat) seluar mana nak pakai hinggalah ke singlet semua nak kena sedia.

Bab pengurusan masa rumah tangga saya mengaku memang saya failed lagi buat masa nie. Saya bangun seawal 6.15 pagi.Mandi , solat dan siapkan pakaian Cik El.Saya bersiap-siap paling lewat 7 pagi saya dah kena bertolak dari Country Homes , Rawang untuk ke pejabat di Subang Jaya. Oh ya.. saya tinggal dengan keluarga Cik El a.k.a family in laws saya. Bagaimana perasaan dan persepsi saya ?? Nanti saya akan kongsikan kemudian.

Balik dari kerja kalau rajin dan x penat saya akan memasak dan membasuh baju sekali gus. Sampai rumah dah maghrib ngam ngam .Siapkan semua sekali memasak makan membasuh semua sedar2 dah 11 malam. Dah kena get ready for esok nya program pulak. So far itulah rutin saya buat masa ini. Mungkin tak lama lagi ada satu penyelesaian yang terbaik.

Perubahan emosi pun ada juga . Dulu masa jadi gf , tunang boleh lagi nak melawan mcm sekarang jgn melawan nanti berdosa kena dengar cakap suami. Perubahan lain pun ada masa kena korban kan untuk siapkan semua perkara utk keperluan dan keselesaan bersama.Tapi itu semua tak menghalang kita untuk menjadi diri sendiri kan....

Tahap kesihatan tetap kena jaga keletihan melampau kadang-kadang ada. So sekarang nie saya dah mula mengambil semula supplement untuk boost energy if not pancit yo..

Alhamdulillah , saya di kurniakan seorang suami yang rajin membantu.Syukur sgt.. at least kurang rasa letih. Untuk minggu pertama nie semuanya masih baru dan belum biasa lagi. Insyallah lepas nie doakan saya supaya dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik..

Banyak yang saya nak review pasal my wedding tapi belum berkesempatan.Punya masa pasti jumpa lagi

3 comments:

mzhany said...

Hany sabar menunggu fiza. Hehehe review ye osl majlis yer. N selamat menjalani hiup berumahtangga. Barakallah...aneen

Fiza Amran said...

thanks hany.... terima kasih utk setiap doa

pika pikah said...

Hi dear, nice blog. Suka baca all your wedding preps. I'm one of your silent readers *malu2*. I'm a B2B jugak yg sedang prepare for my magical day. Kalau sudi drop by and follow my blog okay! :) http://pikapikah.blogspot.com/