Thursday, February 16, 2012

Tips untuk menghantar Kad Undangan melalui Pos Malaysia


Holla ,

Thank you dan terima kasih kerana masih sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini. Menurut pengalaman saya menghantar kad undangan melalui Snail Mail a.k.a Pos Malaysia . Walau macam mana pun moden nya kita   tetap kad undangan menjadi pilihan saya sebab ianya lebih intimasi dan juga nampak ikhlas dan tulus dari lubuk hati sang pengantin.
Susah payah mereka kad idaman pasti nak berkongsi dengan rakan-rakan tersayang. Since saya dah lama tak menghantar surat melalui pos maka dengan konfiden nya saya tanya Abg Kahar ( abg kahar adalah seorang kerani dan dia sangat arif dalam hal berkaitan dengan dokumen)

" Bang setem 30 sen kan untuk satu surat "
"Dik tue zaman bila ko nya setem tue . Posmen tak hantar karang surat ko. Posmen pun ada uniform nak kena bayau"

Alamak .. dalam hati ... setem dh naik rege ker??? Haishhhh.. makin naik la cost i.Tak pe demi kawan-kawan terchenta saya redahi juga..Maka saya pun singgah la di pejabat pos besar Shah Alam dan tanya beberapa soalan berkenaan syarat2 nak hantar surat dan berapa kos setem.

Secara amnya . Barcode Zone ( 15mm) tidak boleh di tulis apa-apa atau dicetak apa jua corak.Kalau korang degil jugak tak nak dengar cakap posmen maka secara automatiknya anda akan dikenakan charge RM0.80 per sampul.
Kalau dulu kita dah sedia maklum seminggu baru surat snail mail nie sampai tapi sekarang nereka lebih effisyen within 3 hari berkerja dah sampai surat anda.

Say thanks to Posmen kerana menjalankan tanggungjawab dengan sempurna


Ok jom share info surat dekat bawah,ini saya ambil daripada website Pos Malaysia.


"Mel Standard" ertinya suatu surat yang bersampul yang boleh dilentur dan yang memenuhi syarat-syarat yang berikut:
BeratMaksimum sehingga 50gm.
SaizMinimum :140 mm (panjang) x 90 mm (lebar)
Maksimum: 250 mm (panjang) x 165 mm (lebar)
KetebalanMinimum  : 0.25 mm
Maksimum: 6.00 mm
Ketebalan
  • Kertas yang tidak berkilat dan berwarna putih atau mempunyai ton warna yang lembut di bahagian hadapan sampul
  • Tidak dicetak timbul dan tidak mengandungi apa-apa tebukan
  • Dilekatkan sepenuhnya
Perihal Muka 
Hadapan Sampul Surat
  • Zon Bayaran Pengeposan: Dari kanan - 74mm(panjang), dari kiri - 40mm(lebar)
  • Zon Pengirim:boleh mengandungi nama, alamat, logo atau iklan
  • Zon Penerima: nama dan alamat penerima, bertulis atau dicetak dengan dakwat gelap dan tidak bersinar
  • Zon Kod Bar: kosongkan keseluruhan ruang 15mm dari bawah sampul surat

Kadar Bayaran Pos Bagi Mel Standard
KategoriKategoriKadar Bayaran Pos
(RM)
Mel StandardSehingga 20gm0.60
Lebih 20gm - 50gm0.70