My 1st trip to Kota Bharu, Kelantan

Salam peeps,

27 January 2012 yang lepas. Ramai yang tahu ramai yang tak tahu . Saya berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang a.k.a Kelantan. Jangan tak tahu bakal somiku ini kampungnya di Kelantan membesar sebagai anak cucu merantau di KL , JB also best in MELAKA.Tujuan utama nak kesana adalah untuk mencari barang bling bling yang bakal dihadiahkan semasa akad nikah nanti setelah kami keciwa bila nak beli kat KL dengan design ntah apa -apa harga mahal. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Maka dengan penuh kegigihan saya , en tunang , FMIL , FBIL move to Kota Bharu sesudah subuh ( walaupun tak subuh sangat.. Hehehehehe) . Perjalanan pergi menyusuri jalan Simpang Pulai - Kg Raja - Loging - Gua Musang. Haishhhhh... to be honest jauh gila perjalanan. Saya tak pernah melalui perjalanan sejauh itu OK.. Sangat jauh... Tiba-tiba korang berada di atas bukit tanpa signal selama lebih kurang 1 jam di kelilingi hutan belantara.. Huhuhuh takut takut.. Saya memang tak penrah jalan jauh so keadaan begitu sangat tak biasa untuk saya. Gigihkan diri .. bangun tidur bangun tidur akhirnya sampai jugak ke Kota Bharu.
Jakun sekejap yer.. hehehehhe sebab mmg berbeza KB Kelantan dan KB , Penang

Bila sampai sana 1st tempat saya pergi ialah menziarah pengasuh en tunang masa kecik2. Namanya acik. Ok acik nie sangat friendly .Acik nie memanggil saya dengan nama " Cik Nor" . Kelakar bunyi nya tapi saya sangta menghargainya .Itu adalah privillage untuk acik memanggil saya dengan nama Cik Nor. Take care acik nanti kita jumpa lagi.



Perjalanan diteruskan lagi . Macam biasa kalau berjalan dengan en tunang dah pasti makanan favorite dia akan cari dulu. Mula-mula kami sampai di gerai depan Pejabat Penerangan Kota Bharu. Let enjoy the piccas below.



Nie semua kuih muih Kelantan . Jangan tanya nama dekat saya. Saya tak tahu.. Heee..


Yang nie jer saya kenal buah tanjung dengan jala emas


Close up Jala emas. Bayangkan tahap kemanisan sampai Bee pun datang menyerang . Jangan salah faham yer ini bukan lalat
Seterusnya kami singgah di Padang Bas tempat nie banyak gila makanan yang dijual. Tujuan ke sini nak beli Nasi Kuning denga Gulai Ayam. Nasi Kuning nie sangat laku sekejap jer dlm pukul 8 mlm dah habis .

Nasi Kuning


Gulai Ayam

Ayam Percik Original Kelate


Lepas nie ker gerai lain . Kami singgah gerai Somtam. Saya suka tengok orang buat Somtam

Penyediaan Somtam




Laksa Siam pun ada


Malamnya pulak kami  keluar jalan-jalan ke Kopitiam yang terkenal kat Kelantan Hayaki namanya

Bandung Cincau yang best


Dessert nie paling best Ice- Blended Mangga. Order 3 kali tambah


Terus separuh masak.( Kl sedap lagi kot)



Adik-adik sepupu yang follow

Next day dah nak balik. Seperti biasa tak sah kalau tak singgah ke Pasar Siti Khadijah. Saya sangat teruja, Itupun tak masuk round habis. Just beli dan balik. Touch N Go sebab nak kejar masa balik KL. Borong memborong keropok. Keropok segera dijual semurah RM10 untuk 11 peket.

Pandangan biasa di tingkat bahan kering

Serunding Ayam dan Daging. 
Ada 2 jenis serunding daging 1 daging tempatan dan 1 daging import. Rasa nya sangat berbeza dah pasti yang sedap daging tempatan.

Kami ada singgah di R&R Gua Musang untuk lunch. Tak sempat amik gambar sebab dah mabuk2 masuk angin masa tue sebab jalan bengkang bengkok.

Keseluruhan nya trip 2 hari 1 malam nie best. Saya suka Pekan Kota Bharu tapi saya kurang gemar journey ke sana. 

Sarapan pagi hari tue kami makan Nasi Berlauk Ayam Kampung. Banyak lagi lauk nya. Pun sama tak sempat nak snap gambar. Nanti bila balik raya ke sana dah pasti saya akan buat review yang best. 
Perjalanan balik kami balik melalui Jeli - Grik - Kuala Kangsar. Selamat sampai dirumah jam 3 pagi setelah keluar dari Kelantan jam 6 ptg.

Comments

Popular Posts