Friday, January 20, 2012

Janji - Janji Manismu.. Pernah putus cinta????. Bersykur lah anda..

Assalamualaikum W.B.H


Saspen tak tajuk entry hari ini. Tiba-tiba saja teringat nak bercerita bukan cerita apa.Sekadar luahan rasa. Hahahaaha..

Jangan risau  saya OK. Alhamdulillah.. sehingga hari ini kami masih bersama sebagai wife-to-be dan husband-to-be to each other.Doakan kami kekal ke akhir hayat.

Semua orang pasti pernah melalui pengalaman pahit dalam percintaan . Yang cukup bertuah alhamdulillah jumpa pasangan terus mendirikan rumah tangga. Hakikatnya tak semua orang nasibnya sama . Tak semua orang perjalanan jodohnya mudah dan pendek. Ada yang melalui perjalanan yang panjang dan melalui perjalanan yang penuh berliku dan onak duri. Kira set lengkap lah.Perkahwinan adalah suatu perkara yang paling di nanti oleh semua wanita . Perasan itu pasti ada. Tapi apakan daya jodoh tiada hati kecewa.

Bila masuk bab kecewa nie lah tak sedap sangat bunyi nya. Mula la teringat dulu

 "u janji macam nie u janji macam tue"

 Sayang ku adik-adik , kakak-kakak...

Dengarlah nasihat saya ini. Tak semestinya yang pahit itu sakit  yang manis itu sihat.Kerana setiap kesakitan ada penyembuhnya ada sebabnya . Selagi kita bernama manusia tak kan lepas dari di uji.Tersurat untuk manusia kalau tak diuji tak kan ada erti menghargai.Selagi belum terasa kesusahan takkan faham erti bersyukur.Memang bercakap nampak senang tapi itu lah hakikat nya kena lalui.

Kala ini saya bersyukur sangat bersyukur ke hadrat NYA...

Kerana menemukan saya dengan kekasih yang SALAH kerana jika saya tidak bertemu dengan nya maka saya takkan bertemu dengan bakal suami saya yang sekarang.

Kerana memberi ujian ketahanan jiwa dan mental apabila di uji dengan kesengsaraan dan kekecewaan kerana jika tidak diuji saya takkan kenal Solat Sunat , Kuasa Minda , Seni Berdoa dalam Islam , Meditasi dalam Islam dan lain - lain.

Kerana menemukan dengan manusia-manusia yang bermulut manis hakikat nya menipu kerana saya kini lebih kenal dengan manusia yang jujur atau sekadar nak bersuka-suka .

Kerana setiap ujian atau dugaan mengajar saya tentang kematangan hidup .

Kerana dugaan yang hadir membolehkan saya menilai  apa yang terbaik dalam hidup saya.

Kerana setiap kesusahan saya nampak siapa yang lebih menghargai dan sentiasa memberi sokongan dan mengingatkan saya agar terus menghargai mereka orang-orang tersayang yang sentiasa di hati hingga ke akhirnya.

Kesimpulanya .. PUTUS CINTA tak semestinya berduka selamanya . Setiap ketentuan ada hikmah dan cerita yang terindah dan termanis di akhirnya. 

Jodoh , rezeki , maut  ada lah RAHSIA NYA.

Jangan Bersedih Sayang.


1 comment:

mzhany said...

ALLAH pertemukan kita dengan mereka yang "salah" untuk memberi kita pengalaman...semua tu berharga kan dalam meniti kehidupan kita nih....