Happy New Year 2012

As salam readers,

Walaupun entry nie macam terlambat dari org lain but selaku tuan rumah saya tetap nak ucapkan selamat tahun baru pada semua semoga tahun ini membawa seribu makna.Azam tipikal saya setiap tahun adalah sama. Nak.kurus nak.healthy hahahaha yg tgh jalan sure kantoi . Tapi sekurang- kurangnya sedikit perubahan dapat memberi impak yang besar untuk masa depan.
Azam saya untuk tahun nie ada sikit berbeza. Saya nak memulakan simpanan untuk masa hadapan. Mungkin kerana sebelum nie saya ambil ringan dengan apa yang sepatutnya saya buat.Maksud saya adalah saving. Bukan selama nie tiada saving kalau ada pun saving yang x lama simpan pastu korek terus habis. Bila memikirkan umur yang bertambah lagi setahun apa yang saya ada pada umur 31 tahun?Kesedaran ini menyebabkan.saya rasa dah terlambat tapi bak kata orang putih better late than never.On monday saya sempat dengar short slot pasal pengurusan kewangan by Nazril Idrus.
" Benda pertama bila dapat gaji adalah reward diri sendiri.Bukan dengan berbelanja tapi reward diri anda dengan buat simpanan dan barulah mula membayar hutang "
Jangan salah faham kat sini maksud nya ialah put aside 10% of your income and live within your means.Bila dah savings then lepas tue allocated untuk bayar debts.

Perghhhh panjang lebar la pulak kan.. Tapi itulah kenyataan nya. Percayalah saya melalui pelbagai pengalaman dalam menguruskan kewangan. Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku sekurang- kurangnya saya tahu apa yang patut dan tak patut dilakukan .

Azam seterusnya ialah saya nak memperbaiki ibadah dan solat saya. Menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmatnya dan kurniaannya.Supaya terus menjadi seorang insan yang kuat dalamannya.

Azam yang lain pulak saya nak jadi anak yang berguna pada mama saya. Saya nak jadi anak yang dapat berbakti pada mama saya. Mama i love you..

Hmmmm kalau nak cerita pasal azam memang tak habis. Yang pasti setiap azam perlu ada peningkatan pada setiap tahun.

To all my readers and sikent readers happy new year from live life enjoy. Semoga permulaan yang baik berakhir dengan semua yang baik dan manis.

Comments

Popular Posts