Wednesday, January 18, 2012

Easel Stand -Part 1

Salam Peeps ,

Fuhhhh... makin banyak benda yang saya nak fikir sekarang.Paling terkini nak kena fikir kan macam mana nak lose weight. Ini kerna saya dah naik 2 kg. Oh no.. ntah la i blame the hormon. Sebab bila nak period tiba-tiba sahaja boleh gain weight plus memang last week saya kuat makan. Hahahahah lagi nak salahkan hormon dan macam-macam kan. I blame myself .. yes i blame myself.

Ok this time saya nak share tentang easle . Easle bahasa kampung saya stand nak melukis.. Stand lukisan la bunyinya sedap sikit kan. Ok easle nie biasanya orang guna time kahwin kat dewan untuk letak Welcome board. Atau pun canvas picture pengantin. Perasan tak ? pernah tengok ? Ok jom tengok easel dulu sebelum saya bercerita lebih lanjut.

* Pakcik BanHoh I pinjam yer.. nak tunjuk kat reader i

Ini lah rupanya easel yang i cakap tue. Harga sebijik Easel adalah semurah RM75 yang aluminium  dan semahal -mahal harga menjangkau ratusan ringgit. Yang biasa orang guna masa kawen adalah berharga lebih kurang RM80-RM195.Ini adalah harga yang saya survey dekat kedai Master Art Sek 2 , Shah Alam. Ok saper budak2 Uitm sure tahu nya kedai nie sebab dia sebelah Perniagaan Maria. Setakat nie memang semua benda stationary kedai nie ada jual dari bahan utk budak arts sampai la budak engine ( a.k.a engineering ) . Semua ada. Ok sorry melalut pulak.

Untuk harga sewaan pulak yang saya pernah survey price range within RM15-RM120 but dengan syarat korang kena lah tempah welcome board diorang dulu. Berbalik daripada kes di atas lah saya merajinkan diri men Google tentang easel dan yang DIY.Maka dengan itu saya berjumpa dengan beberapa web yang siap bagi instruction step by step. Kos jangan cerita lah memang murah .Nak nak kalau korang guna pakai kayu belakang rumah tak pun tebang pokok buluh. 

Link seperti di bawah :










Di harap dapat membantu rakan-rakan yang teringin nak guna easel tapi tak mapu nak beli macam saya. Plus saya suka kerja tangan yang macam nie. Tunggu part 2. Saya akan share cara saya men DIY kan easel nie.
Till then
XOXO


1 comment:

Fira Zulfaqar said...

like2....diy is heaven...