Venue Kenduri - Apa dewan freeze???

As salam , 
Tumpang gambo dewan orang jer..Crdt : Google





Dear all... kisahnya banyak yang berlaku lately nie. banyak nak diuruskan.. Venue majlis saya asalnya saya request untuk buat kat dewan. Mendapat tentangan hebat dari family saya macam-macam alasan. Ok lah saya mengalah buat kat rumah. Setelah separuh dari persiapan dah di buat untuk majlis di rumah .Tiba-tiba satu hari mama call cakap nak buat kat dewan pulak.

Bermula lah journey saya mencari dewan di sekitar Kepala Batas. Dari sebesar-besar dewan hinggalah ker sekecil-kecil dewan semuanya saya call dan cari. Mula-mula dah booked dewan sekolah Paya Keladi. At first cikgu nya cakap ok. Tak lama selepas tue dia call mcm tak ok. Nak dijadikan cerita waktu saya nak buat majlis seluruh negeri Pulau Pinang ada sekolah ganti. So kesudahannya tak dapat buat kat sana.

Seterusnya saya call pulak Kompleks Sukan Kepala Batas. Check punya check the availability is only for 8 hour bebeh. Mana dan nak set up pelamin la bagai, dah la decorator I cakap they will install at least few days earlier kat rumah. Itu rumah kang kat dewan mcm tue lain plak regenya.

Then saya mati akal.. Saya check MPSP nya website dewan orang ramai pun ada. Unfortunately infonya x cukup banyak untuk saya pastikan berapa besar dewan and all. Dapat contact no. check price only for RM200 / day. Wahhh… cheaper gitu tapi dalam hati. Mesti something is not right sebab murah sangat.Bila saya call saya dapat tahu yang dewan tue kecil la jugak. Sebab soalan pertama saya ialah orang main badminton tak dalam dewan tue? Jawapannya adalah tidak. Maka saya dapat bayangkan betapa kecilnya dewan tue bila dia ckp pulak boleh fit 3 biji kanopi 20x20 .Ok reject.

Cuba nasib pulak kat dewan Mardi kepala batas. Sayang sekali dewan hanya disewakan kepada staff Mardi sahaja. Tak de rezeki. Mula terfikir pulak kalau tukar tarikh do we still get the same dewan Sekolah Paya Keladi. Huhuuhu lagi best. Dewan dah di bekukan untuk persediaan pilihanraya.. For what!!!! PILIHANRAYA. My oh my.. pilihanraya pulak.
Bila sebut pilihanraya saya lah orang yang paling risau. Kerana kalau pilihanraya En Tunang saya akan terlibat dar sebelum proses pilihanraya semasa pilihanraya dan sampai pengumuman keputusan pilihanraya.
“Ya Allah permudahkan lah majlis ku. Mintak2 la pilihanraya jatuh selepas majlis nikah dan kenduri.”
Last sekali cuba nasib pulak di MPC Kepala Batas. Hmmm jawapan sangat la mengecewakan.
“Kami tak sewakan dewan untuk majlis perkahwinan.. Kotor nanti “
Hmmm… Akhirnya kembali lah pada perancangan asal nak buat kat rumah. Rumah pun ok cumanya bentuk muka bumi tue kurang rata sikit. Banyak nak kena improve dan repair. So kalau itulah takdirnya apa nak dikata kan.. Redha ajer lah. Hanya berdoa miracle akan berlaku.

Tapi bila balik kampung last week saya tak puas hati tetap nak tengok dewan orang ramai. Ajak la kawan saya Cik Yam round2 kan kawasan dewan tue. Seperti yang di duga sangat kecik dan sangat tak berbaloi untuk saya buat majlis kat sana lebih selesa buat majlis kat rumah.

So final decision majlis saya akan buat di rumah.












Comments

Popular Posts