Wednesday, December 28, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak

Holla peeps,
Last week adalah my looonggggggg holiday... Balik.kamping siapkan apa yang patut dan juga berehat -rehat bersama bonda terchenta.. Since dah ramai yang ada kat rumah haruslah saya memasak.
Bila kat kampung standard la sure banyak ikan dan senang nak.cari specially ikan sungai. Kali nie jumpa ikan patin . So jom.kita bertempoyak. Resepi nie mouth of word nya resepi tgk2 dan try.

Bahan-bahan

2 ekor ikan patin
15 biji cili padi - di kisar
1 inci kunyit hidup- di kisar
2 biji bawang besar- di kisar
Daun kesom
Bunga kantan
Garam dan gula
2 senduk tempoyak
1 sudu makan lada hitam biji

Cara-cara:

1. masukkan bahan -bahan yang di kisar kedalam periuk. Masukkan air bersama lada hitam dan juga tempoyak . Biarkan mereneh.
2. Masukkan bunga kantan dan daun kesom serta garam biarkan seketika dan masukkan ikan .
3. Masak untuk sehingga ikan masak. Sedia untuk dihidangkan

No comments: