Thursday, December 22, 2011

Asam Pedas Ikan Kacang Versi Fiza

Salam Peeps ,
Dah lama tak  buat entry memasak kan? Sejak-sejak skrang nie sejak-sejak nak kena kurang makan nie sejak tue la saya jarang memasak . Kalau masak pun benda yang simple jer.

Pernah dengar Asam pedas? sure pernah kan. Pernah dengar asam pedas ikan kacang ? Hehehe selalu kita dengar asam pedas ikan pari , ikan tenggiri , ikan parang , ikan jenahak. Ini kisahnya asam pedas yang ikankacang sebab main masak jer apa yang ada dalam peti ais versi Fiza. Ini menu masa kat kampung. Hehehe dah cuti kan sambil buat keje lain harus la kena masak.

Ok jom tengok resepi:


Bahan-bahan :

2 ekor ikan kacang ( dipotong 4 bahagian )
Daun Kesom
air asam jawa pekat
Garam dan Gula

Bahan Kisar :

Cili  Kering ( ikut kesesuaian rasa)
5 biji bawang kecil 
2 biji bawang besar
1 inchi kunyit hidup 
1 inchi halia
1/2 inchi belacan
1/2 sudu  makan lada hitam
sedikit halba dan jintan manis

Rampai :

1 batang timun
3 biji tomato masak
6 batang kcang bendi ( ambil size sederhana)

Cara-caranya :

  1. Tumis kan bahan kisar sampai garing. Tambahkan air dan terus masak sehingga 15 minit.Biarkan hingga sedikit kering. Masukkan air asam jawa.
  2. Kemudian masukkan daun kesom. Biarkan lagi hingga mendidhkan . Masukan garam dan gula.Masukkan timun dikiuti oleh bendi dan akhir sekali masukkan tomato.
  3. Akhir masukkan ikan . Biarkan medidhkan sekejap kacau sikit tutup api.


P/S : Ini adalah resepi rekaan saya berdasrkan apa yang ada dalam dapur . Hee kalau kurang harap maafkan


2 comments:

Sheila Shafeareen said...

As'salam wahhh ada lauk asam pedas...mmg manu sajian kesukaan kuluarga ni ,x kiralah masak dgn ikan apa sekalipun...hemmm betambah nasi hehe

Fiza Amran said...

kan sedap sangat rasanya