The Red Lips look for Hari Raya

 Hey Ladies ,


Mood raya makin menjadi-jadi .. apa keja pun dah x menjadi haishhhh nampak nak balik kampung jer... Shopping raya pun tak habis lagi.


Seperti biasa kalau dah namanya perempuan preparation untuk raya for sure from top to toe. Dari tudung , baju , innerware , kasut semua nak baru betul x?. Tak ketinggalan juga make up untuk hari raya. Kelassssssssssss.......... ada yang pi belajar make up lagi semata-mata untuk hari raya. See effort wanita sentiasa ada untuk nampak cantik dan lawa di mata suami atau kekasih hati.


Dilahirkan dalam keluarga yang semua adik beradik kami perempuan. So setiap kali raya sure berebut cermin nak siapkan diri.Setiap tahun masing-masing nak cuba make up terkini natural , smokey eyes and etc.


This time nak share pasal The Red Lips Look for Hari Raya .. ada berani?????


The Red Lips merupakan salah satu bold make up. Personaliti orang yang memakai The Red Lips biasanya seorang yang sangat berani dan lantang. Tak salah kalau mencuba kan.. asalkan ada confident .. Jalannnnnnnnnn
Cheeewah....


Rules untuk mengenakan The Red Lips .


  1. Ada berbagai pilihan warna lipstik merah. Jika kulit Anda putih, pucat, atau bernuansa pink, pilihlah warna merah bernuansa kebiruan atau yang terkesan "dingin". Kulit yang bernuansa kuning lebih elok menggunakan warna merah yang hangat, bernuansa coklat atau kekuningan. Jika kulit bewarna gelap, pilihlah merah yang bernuansa coklat atau orange. Lipstik warna merah gelap akan membuat bibir terlihat lebih nipis, jadi jika bibir Anda nipis, pilihlah warna merah yang terang.
  2. Pastikan bibir anda tidak mengelupas atau bersisik.. Tak hot tau ,boleh gunakan scrub dan scrub kan bibir secara lembut . Atau gunakan berus gigi berbulu lembut. Gosok kan pada bibir sampai keluar kulit mengelupas dan sapukan balm bibir.


3. Kawal kebocoran lipstik anda dengan mengenakan lipliner. Lipstik merah terarah untuk keluar garisan bibir mungil anda. Kenakan lipliner dan sapu lipstik. Lepas tue jangan lupa tekap kan dengan tisu untuk mencantikkan warna.



4. Untuk bahagian wajah yang lain. Pipi  , mata gunakan warna neutral untuk membalance kan make up . If not you sure nampak macam over done with make up .
5. Tips untuk make up mata takkala berbibir merah . Gunakan mascara sahaja tanpa eyeliner dan sedikit bronzer di wajah. Tadaaa........ ready untuk berhari raya bersama keluarga.










Comments

Rohani Hashim said…
fiza, mesti kecoh kan time nk brsiap tu yerlah semua pompuan huhu seronok. pastu boleh pau lipstik la hehehe
Fiza Amran said…
hany:mmg sure kecoh la.. mana nak berebut cermin lagi... hahaha pau lipstick tue normal... ahaksss.. hany raya mana tahu nie?

Popular Posts