Kenangan Ramadhan ....

Salam Ramadhan ,

Sedar  x sedar ramadhan muncul lagi. Macamana persediaan? Di harapkan semua berjalan dengan lancer. Bulan penuh keberkatan ini lah yang akan digunakan untuk membuat  amalan dan sujud lebih pada nya.

Apa menu buka puasa hari nie? Sejak hari pertama puasa  Alhamdulillah saya berjaya berpuasa dengan ibu tercinta di kampung selama 2 hari . Wahhh bukan senang ok nak berbuka sambut puasa dengan mak..Selalu sambut puasa (sejak di perantauan nie) dengan  girlfriend , boya fren  atau pun best fren. Menu bermacam –macam boleh beli.Order saja.. Tapi tetap x sama dengan air tangan ibu sendiri ye tak?

Mengimbas kenangan ketika berpuasa semasa kecil . Dari pagi sampai petang berpuasa dengan gigih.Penatnya tuhan jer yang tahu dengan panas lagi. Maka bila petang masa nak mandi kesempatan digunakan untuk mandi dan berendam dengan sepuasnya . Sampai x sedar “ter” minum air… Hehehehe ter ker????? Lepas tue keluar bilik air senyap senyap cepat-cepat siap pakai baju.Takut tembelang pecah.
Time makan a.k.a berbuka puasa memang time yang sangat di tunggu-tunggu. Asyik g tanya jer Tok.Hari nie masak apa?. Tok saya memang superb sebabnya masak apa pun sedap. Even bihun goreng bodoh jer.. Lepas tue portion mesti banyak punya. Berbuka wajib ada kuih dari cucur badak , onde-onde dan kuih bom ala yang ada bijan kat luar.Family kami berbuka x makan nasi… so menu biasa nya dari laksa, mee goreng , mee daging , koew tiaw dsbnya…. Tapi alhamdullilah cukup mengenyangkan sampai membuatkan kami duduk x bangun.

Lepas maghrib .. cepat-cepat siap g terawih. Kami ada kawan-kawan menanti di masjid yang pasti sebelum ke terwaih tgk dulu apa menu yg disediakan.Since saya bersekolah agama di sebelah masjid maka waktu zohor kami ambil kesempatan untuk intai apa pak chot masak untuk terawih malam karang. Kalau bubur spring a.k.a bubur kacang maka dengan secara automatiknya kami pun jadi spring x pegi ker terawih malam tue.. Hahahaha nakal kan….

Sahur pulak resepi wajib , telur masin dengan nasi. Atau pun ikan gelama kering belah belakang , ikan cencaru masak sambal tak pun daging masak siam  mesti jadi menu. Tak pun dengan papadom yang berbetuk 4 segi digoreng garing.Haisssshhhh nikmatnya hidup masa tue… Dah ler x perlu nak bangun awal.. Bangun time tok or mama kejut untuk sahur / sok  ( di pronounce soq) . Hahahahah org utara .Bangun makan mandi solat siap g sekolah. Settle……

Sekarang nie puasa, sahur bangun untuk minum air dan makan kurma . itu pun kalau ada. Berbuka makan la apa yang berkenan biasanya nasi la sebab dah sahur x nak makan kan. Kesibukan kerja menghambat waktu untuk lebih berehat dari menikmati time sahur dan berbuka yang hanya datang setahun sekali.

Apa kenangan puasa korang? 
Apa pun di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat di luar sana





Comments

Popular Posts