Pencarian Wedding Planner Ku


Dah lama x menulis.. Hmmm thanks to yang terus membaca… banyak isu , konflik dan perkara dalam hidup yang perlu diselesaikan.Kali nie saya nak share tentang Wedding Planner pilihan anda. Memandangkan majlis saya akan diadakan di Penang maka sudah semestinya mencari WP di area Nothern. Pada pandangan saya yang naif ini. Kalau WP Klang Valley charge Pakej bermula RM3000  ke atas itu adalah perkara standard. Maklum lah well known KL living cost memang rege macam tue.Memang ada WP yang berkenan kat KL nie. Tapi apakan daya rezeki saya hanya yang biasa- biasa saja. Saya x dilahirkan dlm keluarga yang mampu nak "tunjuk dan ambik" tanpa mengira RM RM yang ada.Kalau anak lord cheeewah Lynda Rahim kot panggil datang plan wedding I. ( Impian yang x mungkin jadi kenyataan kan... ) huhuhuhuhu..
 Maka pencarian saya pun bermula di sekitar area Sg Petani , Penang Island Dan Seberang Perai. Survey sana survey sini minta quotation.  Banyak nie cari.. Pakej yang dihajati adalah pakej dewan. Semua pakej x lari dr RM3000 ke atas jugak.. WOWO terbeliak bijik mata  harga SAMA dengan pakej kat KL kot… Masa nie la terbayang kot kot ada duit bergolek -golek dtg dr langit jatuh untuk saya. Frust giler…. Mcm nie baik buat kat KL sah sah harga mahal dah tahu x sakit hati.. Tapi apakan daya rata2 pakej memang cenggitu harganya. Masa nie mulalah terfikir  nak DIY jer hiasan dewan haisssshhhhh……. Kepala mula memikir.Ok fine saya bukan x mampu ambil pakej dlm RM3000 tapi selagi boleh save kita mesti la nk save kan… ada beberapa yang harganya boleh dirunding untuk harga yang RM3000 ke bawah.Memikirkan banyak duit lagi nak guna lepas kahwin.

Kahwin memang sekali seumur hidup. Tapi saya juga x nak menyesal seumur hidup disebabkan perkahwinan. Planning harus tepat untuk mengelakkan pembaziran.

Maka tersebut la satu Wedding Planner yang saya interview .Perbualan saya dengan nya bermula .

Me: As salam , nak tanya berapa harga untuk Baju sepasang , 1x make up , hiasan dewan dan meja beradap?

WP : Semuanya RM 3500. Paling minimum boleh bagi. 
Me: X boleh kurang lagi ker? 
WP :Ala mana boleh .. Standard la pi mana pun mesti rege nie jugak 

Me dalam hati " memang la rege tue . Itu rege KL nie rege Penang kot. Kualiti sama macam KL ok la jugak nie macam kampung hiasan nya pun"

 Me : Memang xde boleh runding lagi la nie harga nya ?
WP : Iyer.. dah x boleh. Nak tambah boleh nak kurang x dapat la...
Me: Hmmmm... ok 
WP Berapa budget hang ?
Me: Kalau boleh nak dlm RM3000 ke bawah.
WP : Tambah la sikit kot boleh buat elok.Tok sah risau la kami buat elok elok kat hang.Kahwin sekali ja seumur hidup toksah la berkira sangat

Me dalam hati " eh... elok-elok kat aku. Habis selama nie kat orang lain hang buat ikut suka hang saja ka?"

Me : Hmmmm... ok .. x pa la nanti saya call lagi . Nak diskas dulu.

Terduduk sekejap lepas bercakap ngan akak nie. Boleh pulak la mcm tue kan... Hati kecil saya berkata ..Maaf lah saya nak ambil service awak .. Bukan nya saya tak tahu track record awak. Peel suka mengumpat membawa mulut tue yg tak boleh blah. Kalau bercakap dia ajer yang bagus.Macam service terbaik.Tapi hakikatnya mengecewakan. 

Tak kurang juga WP yang memang terbaik, sopan santun , lemah lembut , merendah diri. Siap bagi masa untuk fikir dulu . Padahal service dia memang meletop kat Nothern . Memang terkenal pun dia  x perlu nak bongkak and bangga diri.Hiasan pun ada kelas. Bila tanya boleh runding lagi ker harga. Jemput datang kedai yer senang nak berbincang. Boleh runding lagi. Haaaa..... apa cerita..Mcm nie PR nak kena bayar lebih pun orang x ralat..


Itulah antaranya kisah pencarian saya untuk wedding planner . Hingga setakat ini masih lagi mencari untuk comparison.

p/s: Terikh x finalize lagi ..Macamana nie..........

LIVE.LIFE.ENJOY




Comments

Salam Fiza...skrg mmg semuanya mahai Dik.sabarlah dulu..survey dulu kot2 ada yg harga bawah RM3000...klu rezeki fiza,ada la tuh!
honeylily said…
babe,
dah try tgk sutera kasih?...tgk design dye cam ok. Latest and updated. Mekap pun cantik.antara paling femes kat penang kan.. tapi harga tak tau la camne
Rohani Hashim said…
umm fiza, betol jugak...cari yang betol2 ikut kemampuan la kan.yerlah zaman skrg ni demand tinggi kan, bab nikah kawin ni...adoii makin hari makin meningkat...
Fiza Amran said…
@k atie : thanks k atie.. memberi semangat .. pasti ada rezeki yang terbaik nanti
@honeylily : thanks for advice will check on it
@hany : tue la...mahal bagai .. wedding is a bussiness nowdays
salam
hi dear...
skrg smua pun mcm tu...
klau creative & rajin survey..insyallah bole dpt hrga yg kita nak.
dont give up...i know how u feel...

good luck dear!
Suka Bebel said…
salam menyinggah :)

agree with u, memang sekali seumur hidup tapi biar lah berpada pada. teruskan berusaha mencari, mesti ada jln dptkan ikut bajet tu :)

Popular Posts