live.life.enjoy Headline Animator

CLICKL Heree!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru.....Azam apa tahun nie??


Salam akhir 2010 ,

 " Anda adalah musuh pada diri anda sendiri kerana apa yang berlaku sebenarnya adalah pilihan anda sendiri"

Pejam celik pejam celik dah nak masuk 2011 kan.. dengan ini juga secara rasminya jugak saya bakal meninggalkan angka 2 series yang selama ini saya pegang.. Dengan masuk nya 2011 maka saya akan memasuki angka 3 series. Tapi itulah kehidupan kan... suka atau tidak memang kena melalui nya .. Apa pencapaian anda setakat ini???? Azam dah tercapai kah ??? 

Tipikal azam setiap tahun : 

Kuruskan badan ( yg nie semua sama rasanya ) , Yang berjaya tahniah saya ucapkan sebab azam nan satu nie masih gagal lagi. ahaksssss.
Dan macam -macam lagi lah .. ikut kesesuian semua orang. Mengikut seorang professor untuk tetapkan azam nie senang jer go by kategori. Jika anda seorang ibu apa azam yang anda ingin capai sebagai seorang ibu. Dan seterusnya jugak azam dalan karier ,kehidupan , perhubungan , dan sebagainya . Apa pun azam anda yang pasti setiap azam itu pasti akan memabawa benda yang positif dalam kehidupan. 

Cabaran setiap tahun ialah dalam mencapai azam. Jadikan cabaran itu sebagai satu motivasi untuk terus bangun dan mengharungi cabaran bukan melemahkan diri anda.Permulaan yang baik baik ialah perubahan kecil dalam setiap perkara kerana ianya akan lebih konsisten. Kalau perubahan drastik selalunya akan terputus di tengah jalan kerana isu nya kadang kala tidak realistik .

Usah di kenang barang yang lepas .. maksudnya jadikan azam yang lepas itu sebagai teladan bukan menjadikan azam yang tidak berjaya itu sebagai pelemah semangat .Sekiranya masih ada yang belum selesai tutup buku dan mulakan yang baru . Kan lebih bermakna .. sebab setiap kejadian berlaku dengan hikmahnya.

Seperti biasa saya  sendiri mempunyai azam tersendiri , x sama dengan yang lain .. nak tengok azam saya kali ini:


  1. Belajar menjadi seorang yang lebih sabar dalam apa jua keadaan. Stay cool fiza... Sebab bila cepat tempered nie banyak ion 2 negatip nie terhasil maka jadinya banyak penyakit jugak akan dihidapi terutamanya tentang hyper tensi. 
  2. Kuruskan badan la  apa lagi .. heheehhe berat naik mendadak dek kerana tidak menjaga pemakanan lansung tahun nie. Aku tak nak obese forever.Kuat kan semangat kuat kan azam.Mengah la k chik naik tangga pun.. Jom sama2 join saya.
  3. Berhenti mengumpat .. Alhamdulillah setakat nie 2010 pencapain terbaik saya berjaya tidak mengumpat 60% dr biasa. Tahun nie cukupkan 100%. Faktor yang menjadikan orang kurang produktif ialah mengumpat OK... sebab keje x effisyenn asyik nak mengumpat ..Itu lah jadinya..Maka tahun ini saya akan tingkatkan lagi . Sebabnya kadang2 godaan mengumpat tue amatlah tinggi. Tak elok OK very negatip...
  4. Tingkatkan kualiti kehidupan .. jalani hidup dengan penuh perasaan positif dan sentisa bersangka baik.. no more prasangka buruk. Memberikan stress pada tubuh badan yang comel nie..Berikan kasih sayang maka anda akan menikmati kasih sayang yang sebenar.
Dan banyak lagi kalau nak ditulis kat sini, Dengan ini penutup 2010 saya tutup semua buku buku baru pun bermula di tahun 2011. selamat tahun baru kepada semua mohon maaf dan ampun jika ada sebarang kekesaran dan terkurang bahasa.Semoga hari anda bermula dengan baik di tahun 2011.


LIVE.LIFE.ENJOY

Thursday, December 23, 2010

Kasut tumit tinggi vogue atau penyakit?




Salam keceriaan ,
Semalam , tiba-tiba tergerak hati nak beli flat atau kasut leper untuk di pakai ke pejabat. Bukan apa sekarang nie saya pakai kasut leper jenama croc made in china.. Hahahah yang crocket tue la yang saya pernah cerita dalam entry sebelum nie. Memang selesa dan tahan lama sebabnya RM15 sampai skrang kasut tue ok.. sedap dan selesa warna purple sampai hilang reben  tanda “CROC” hahahaha.
Sebenarnya kasut tue saya pakai untuk berjalan dari parking ke pejabat. Memandangkan jalan dari parking agak “adventure” dengan slop naik bukit dan turn bukit jalan yang tak rata.serta perlu melintas jalan kadang-kadang berlari adalah tidak sesuai ok untuk pakai kasut tumit tinggi dan life span kasut  pun cepat jer karang habis nyawanya.
Saya selalu terperangkap dengan keadaan tiba-tiba kena keluar meeting ad hoc. Oh ya lupa nak cakap , saya ada spare high heel kat opis utk dipakai dlm opis.. ala vogue top to toe , ber make up cantik.. x kan nak pakai CROC kan? Hahah spoil the dress up yg konon nya bagus tue… (perasan.. kata untuk diri sendiri).Maka kena pakai high hell terkujat kaki haa.. nak menapak keluar g meeting.
Maka semalam saya berjaya membelikan diri sendiri sepasang flat pump.Tiba-tiba rasa sekarang high heel is no more friendly with me.Apa pun membebel x tentu pasal I nak share beberapa fakta tentang kasuit tumit tinggi.

·         Pemakaian kasut tumit tinggi nie mencipta  tekanan yang tidak perlu biomekanik kepada pergelangan kaki , tulang pelvis dam seluruh tulang belakang.Ini kerana badan kita dari kaki ke kepala merupakan satu rantai panjang yang ber gear dimana kelancaran gear bergerak berkait antara satu sama lain.Jika  sendi kaki anda tidak berfungsi dengan baik maka seluruh badan akan turut menerima kesannya.Dalam sesetengah kes perubahan yang nyata apabila memakai kasut tumit tinggi yang lama ialah otot dibelakang tengkuk akan menjadi keras dan tekanan kepada saraf dan mengakibatkan sakit kepala yang kronik. Seperti kata  Socrates , "when your feet hurt, you hurt all over"
·         Pemakaian kasut tumit tinggi adalah faktor kepada ketidak suburan wanita. Menururt kajian beberapa doktor sakit puan di London.


Tapi saya akui memang susah nak elak pakai high heel nie specially fashionita ..Saya pun suka jugak.. ahaksss… lagi tinggi lagi bagus lagi rasa vogue.betul x?? lagi kopiden level tue naik .. Waahhhhhhh kelasss gitu.. ada beberapa cara untuk kita terus menikmati rasa best pakai kasut tumit tinggi.

1.   Gunakan pelapik kasut untuk mengurangkan tekanan ketika pakai high heel.Ala yang scholl ada jual tue nama nya party feet . haaaa.. yang tue la.. Experience sendiri pakai nie nak berdiri lama2 pun x de hal .. sedap jer.. plus boleh di cuci dan di ulang pakai.Nak beli kat mana?? Jusco ,Watson, Guardian semua ada  Giant , Tesco pun ada.. Tapi x semestinta scholl tau brand lain pun banyak apa pun asal menyeraphentakan dan tekanan.Nak tengok rupanya macam mana KLIK SINI.
Salah satu contoh lapik kaki
2.   Praktis jalan guna high heel.. Selagi x pandai jalan jangan pakai.. Kaedah nya jalan bermula letak tumit dan di ikuti hujng kaki tujuan nya untuk kaki menerima beban yang sekata. Baru la tak terhoyong hayang berjalan nya…
3.   Kurang kan waktu berdiri bila guna high heel.. Maksud saya berdiri jangan lebih 1 jam . Cuba duduk dan rehatkan kaki sebentar dan bangun semula.Supaya kaki dapat berehat untuk recover otot2 yang tegang.
4.   Kalau dipejabat masa tengah duduk buat kerja buka lah high heel anda. Bila perlu berjalan pakai la balik.
5.   Atur langkah dengan penuh kesopanan dan gaya. Ini penting kerana ia turut mempengaruhi posture badan.. Ala  x kan nak pakai high heel jalan menunduk kot.kan  kan..kan..
6.   Akhir sekali gunakan akal dan gunakan kasut tinggi secara bijak.
Oleh itu percaya lah .. buruk tue x semestinya buruk, baik tue x semestinya baik gunakan akal dan hati untuk menilai apa yang terbaik untuk diri sendiri.



Tuesday, December 21, 2010

Apa yang anda tahu pasal HPV???


Mari mari kakak kakak adik adik abang abang...

Hmmm... saya nak share sesuatu .. Pernah tak tengok iklan kat tv yang ada dia explain pasal remaja perempuan yang kena amik 3 vaksin dalam masa 6 bulan. Vaksin HPV.
Benda nie nampak simple.. tapi bahaya sebenarnya .. kalau ikut adik i yg jd nurse vaksin nie rm800 satu set lengkap dkt private .Boleh call tanya hospital masing2... Hmmmm saya pun rasa nak amik jugak vaksin nie..
Kalau anda sayang isteri , adik-adik , girlfren atau pun kaum wanita nie lebih baik ambil vaksin nie.Cegah sebelum terlambat.


HPV adalah singkatan bagi :

Human Papillomavirus Vaccine


APA ITU HPV?
Human papillomavirus, atau HPV, adalah virus yang menjangkiti kawasan Kulit dan organ Kelamin. Ada lebih dari 100 jenis jenis HPV yang sudah dikenalpasti.Sebahagian menjangkiti kulit dan menghasilkan kutil. Sebahagian menjangkiti organ Kelamin dan menghasilkan kutil pada organ kelamin. Sementara sebahagian lagi menjangkiti organ kelamin yang mengarah ke Kanser Mulut Rahim. Virus-virus tersebut juga boleh menyebabkan Kanser Vagina, Penis dan Anus.
BAGAIMANA penularan HPV?
Virus HPV yang menjangkiti organ Kelamin adalah termasuk Penyakit Kelamin MenularVirus HPV disebarkan melalui kenalan vaginal sex, anal sex, oral sex, atau di antara organ-organ kelamin.Banyak pesakit yang sudah bertahun-tahun terjangkit HPV tanpa menyedarinya dan menularkannya kepada pasangan sex yang lain.
Sangat jarang sekali terjadi, wanita hamil dengan penyakit kelamin HPV boleh menularkan HPV pada bayi yang dilahirkan melalui bersalin secara normal. Dalam kes seperti ini, bayi dapat mengalami pertumbuhan kutil pada tekak atau tempat suaranya. Keadaan tersebut disebut RRP (recurrent respiratory papillomatosis)

APASymtom penularan HPV?
Jenis-jenis virus HPV yang boleh menyebabkan Kanser sering disebut sebagai "Jangkitan diam", kerana tidak ada gejala-gejala yang jelas, bahkan seseorang boleh sama sekali tidak tahu bahawa dirinya sudah dijangkiti kerana kebanyakan pesakit HPV tidak mengalami gejala-gejala ataupun masalah kesihatan. Pada wanita, yang menjadi kebimbangan utama adalah Jangkitan pada Mulut Rahim.Jangkitan tersebut boleh mengarah pada perubahan sel-sel mulut rahim yang boleh diselidiki dengan mikroskop melalui ujian Pap Smear.
Jenis-jenis virus HPV yang menyebabkan Kutil pada organ kelamin, tidak menyebabkan Kanser. Kutil pada organ kelamin boleh berbentuk benjolan yang rata, satu benjolan atau bahkan berkelompok membentuk seperti bunga kobis kecil. Kutil boleh timbul di bahagian Vulva (bahagian luar vagina), cervix (Mulut Rahim), Penis, Scrotum (Pelir), rectum (Anus), atau sekitar paha. Kutil boleh timbul dalam masa beberapa minggu atau bulan selepas berlaku kenalan seksual dengan seorang pesakit HPV. Atau bahkan tidak timbul sama sekali. Apabila dibiarkan tanpa rawatan, kutil boleh menghilang begitu saja, tetap pada membentuk semula, atau bertambah dalam jumlah dan saiz, tetapi tidak akan menjadi barah.
BAGAIMANA pencegahan penularan HPV?
Setiap orang yang sudah melakukan aktiviti sex berisiko untuk dijangkiti.Dengan melakukan hubungan kelamin secara selamat, dengan tidak berganti-ganti pasangan , dan setia pada pasangan akan mengurangkan risiko tersebut. Namun demikian sangat sukar untuk memastikan apakah seseorang sudah pernah dijangkiti HPV bila seseorang itu pernah aktif secara seksual sebelum ini.
Kondom boleh mengurangkan risiko penularan HPV seperti kutil kelamin dan kanser mulut rahim bila digunakan secara betul(secara langsung dan sepanjang masa).Tetapi kondom tidak dapat melindungi bahagian kulit yang lain yang tidak tertutupi oleh kondom. Jadi Kondom tidak melindungi seseorang secara menyeluruh daripada virus HPV


APA SAJA EFEK JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG HPV?
HPV boleh menyebabkan sel-sel yang normal pada kulit yang dijangkiti berubah menjadi abnormal. Seringkali kita tidak dapat merasakan perubahan-perubahan sel tersebut. Pada banyak kes, kekebalan tubuh kita melawan HPV secara semulajadi dan mengubah sel-sel abnormal kembali menjadi normal.
Kadang-kadang pada virus HPV diklasifikasikan sebagai  'RISIKO RENDAH', boleh menyebabkan perubahan dalam bentuk kutil kelamin.
Akan tetapi pada virus HPV yang diklasifikasikan 'RISIKO TINGGI, apabila tidak dihilangkan oleh sistem kekebalan tubuh, sehingga bertahan bertahun-tahun boleh mengubah sel-sel abnormal menjadi kanser. Sekitar 10% dari wanita yang terjangkit HPV jenis 'RISIKO TINGGI, akan mengalami jangkitan jangka panjang yang membuat mereka berisiko tinggi untuk terkena Kanser Mulut Rahim.Hal yang sama juga berlaku pada zakar, anus, vulva, atau vagina, jangkitan jangka panjang boleh menyebabkan kanser pada kawasan tersebut. Walau tidak kerap seperti Kanser Mulut Rahim.
Kurang lebih 20 juta orang Amerika saat ini dijangkiti HPV, dan diprediksi 6,2 juta selanjutnya akan terjangkit pada setiap tahunnya. Paling tidak 50% dari lelaki dan wanita yang aktif secara seksual terdedah kepada penyakit kelamin HPV pada suatu masa dalam hidupnya.
Populasi masyarakat tertentu berisiko lebih tinggi terkena kanser yang berkaitan dengan HPV, seperti lelaki Gay dan Biseksual, and seseorang yang mempunyai sistem kekebalan tubuh lemah (termasuk mereka yang sudah terjangkit HIV / AIDS)
APAKAH ADA UBAT UNTUK HPV?
Tidak ada ubat untuk jangkitan HPV itu sendiri, akan tetapi ada rawatan untuk kesan-kesan daripada HPV.Kutil pada organ kelamin boleh dihilangkan dengan ubat berbentuk gel atau krim, atau dengan kaedah-kaedah pembedahan tertentu.Bila keabnormalan pada sel-sel mulut rahim ditemui selepas ujian Pap Smear, biasanya dilakukan pemeriksaan lebih lanjut dengan Colposcopy . Kelainan pada permukaan mulut rahim boleh dihilangkan dengan kaedah-kaedah pembedahan tertentu.
APAKAH PENEMUAN PERUBATAN TERAKHIR DALAM PENCEGAHAN HPV?
Khabar gembira dengan penemuan vaksin pencegah HPV yang dinamakan Gardasil ®, yang terbukti berkesan melawan virus HPV jenis 6, 11, 16 dan 18. Virus jenis 6 dan 11 adalah punca kebanyakan dari kutil pada organ kelamin. Namun kerana vaksin tersebut tidak menghalang semua jenis virus HPV, wanita yang sudah divaksin pun masih harus tetap melakukan ujian Pap Smear. Sedangkan virus HPV jenis 16 dan 18 adalah penyebab dari kebanyakan Kanser Mulut Rahim. Vaksin kedua akan akan diluluskan di masa yang akan datang yang akan melindungi wanita dari virus HPV jenis 16 dan 18 dinamakan CERVARIX ®.Masih dilakukan kajian klinikal dalam keberkesanan vaksin HPV pada lelaki.



Info di kongsi dari HPV

Monday, December 20, 2010

Go away negative thinking..go negative chi…



Kehidupan biasa la .. negative , positive semuanya pasti ada.. Cuma yang perlu untuk balance kan semua tue macam mana..
Pagi tadi ter YM dengan kawan lama masa sekolah . Ayat dia simple tapi cukup untuk membuatkan saya terfikir sesuatu..

“ Biasa la setiap orang lain ujian nya “

Betul amat setuju , setiap orang lain ujian nya . Ada yang di uji dengan penyakit , ada yang diuji dengan kepayahan rezeki , ada yang diuji dengan jodoh lambat , ada yang diuji dengan dugaan sebelum berkahwin, ada diuji dengan perangai anak-anak.. Pelbagai ujian  ada.. nak ditulis tak terkira.
Kadang-kadang kita x diuji dengan penyakit tapi diuji dengan rezeki. Apa pun yang penting kat sini kekuatan hati. Sejauh mana hati dapat menahan dugaan dan melalui nya dengan penuh kekuatan .. Saya x suka laluinya dengan kesabaran … Kesabaran memang perlu dalam apa2 perkara pun .. Cuma jadikan kesabaran itu sebagai pemangkin kejayaaan.
Kata sifu saya , skrip doa jangan masukkan kesabaran kerana bila kita minta kesabaran , kesabaran itu pasti diringi dengan dugaan yang pelbagai .kerana tanpa dugaan mana nak datang nya kesabaran kan?
Jangan salah tafsir apa yg saya cuba sampaikan… apa maksud saya jadikan kesabaran itu kekuatan kerana sudah pasti kekuatan itu datang dengan pakej kesabaran , keredhaan , keharmonian.. Nampak di situ??
Bercakap tentang kekuatan , memang saya minta kekuatan mental yang amat tinggi tika ini.. Kerana dugaan dan ujian telah tiba dan menguji hambanya setakat mana hambanya yang kecil ini masih mengingati yang maha esa, masih redha dengan segalanya.Serta di tambahkan dan dipermudahkan segalanya.

Ujian dan dugaan ini datang supaya kita sentiasa beringat dan bersederhana dalam apa jua perbuatan , kata-kata  mahupun kemahuan. Pasti ada hikmahnya yang kita belum nampak .. Kerana hikmah itu milik Allah akan ditunjukkan bila tiba masanya.
Ingatan untuk saya dan juga semua .. Ujian dan dugaan ini rencah hidup dan ia menjadikan kita insan yang bersyukur dan menjadikan kita lebih baik dari sekarang .Redha dengan ketentuan nya and  move on.

“ Jika kita berhajat kan sesuatu jangan minta pada manusia pastinya manusia akan mengecewakan, Minta lah pada Allah kerana sesungguhnya dia yang lebih mengetahui dan x pernah mengecewakan hambanya  “



Saturday, December 18, 2010

Wahai pakcik .........Toleransikah anda??

Salam ,

Jom tengok tafsiran bawah:

KataTakrifSumber
toleransisikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang; sikap dpt menerima atau menghormati pen­dapat, fikiran dan kepercayaan orang lain. bertoleransi menunjukkan tole­ran­si: Masyarakat hidup aman damai, bersatu padu dan ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua


Ada cerita disebalik cerita.... Pasal tolenransi nie memang perlu specially kalau kita hidup berjiran kan...Apa-apa pun kita buat nak kena fikir pasal komuniti sekeliling. Bagi saya.. saya x ada masalah dalam toleransi nie selagi semuanya resonable kan....

Nak kata saya duduk rumah pangsa atau rumah apartment atau rumah yang tinggi2 nie saya faham la kalau saya terpaksa berebut parking kereta. Ini duduk rumah double storey ..Nak kena berebut parking jugak... heran kan....

Ceritanya begini ...

Depan rumah saya ada la seorang jiran pakcik la dia nie.. Tengok janggut .. panjang sampai dada.... keje as lecturer.. salute la pakcik... Tapi ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.Dia ada satria neo , myvi , kia spectra, unser , mercedes buruk dan wolkwagen buruk. Cuba kira ada berapa bijik??  6 bijik OK... x pe x dengki pun dia punya kete banyak sangat.Yang saya pelik nya sebijik kereta pun x de dia parking dlm porch dia...

Macamana dia parking?? 3 bijik dia parking depan rumah kosong iaitu sebelah rumah saya. 2 bijik lagi dia parking depan rumah dia.. 1 bijik lagi suka hati la dia nak parking mana.. Asal ada kosong rumah sapa2 dia rembat a.k.a conquer ok... itu x per lagi.. rumah saya sendiri pun ada 3 biji kereta kadang2 4 .. kami semua bersepakat agar parking supaya x susahkan saper.. i mean kami dh diskus pasal parking kereta nie la.. sapa nak duduk dalam sapa nak parking depan rumah.

Satu hari tue.. salah sorang hsemate parking la kat sebelah rumah yg kosong tue sebab kereta dia x de... Sekali dia dtg selamber marah2 kawan i tue... macam nie ker perangai org yg kita nampak baik.. tolerate la sikit kot... masa tue depan rumah ko terbuntang kosong x de kereta.. selamber plak sound .. nie rumah sedara saya .. suka hati saya la nak parking nak conquer ... aikssss kalau betul ko sedara apasal x masuk dlm jer terus parking.....

tue la contoh orang yang tak tahu nak toleransi dalam masyarakat...kalau dah tahu kete berbijik2 .. sekali dengan kete antik yang mcm x antik ( sebab keter antik dia tue kete i calar balar ok)  beli tanah buat rumah besar2 la..letak la kete macam gudang besi buruk pun x de spa nak kisah.. ini samapi tahap depan rumah kitaorng pun ko nak parking melampau la pakcik......

tolong tolerate sikit  denga jiran-jiran nie...


Kesimpulan nya , ingatan untuk saya dan pesanan untuk semua hidup nie kena bertoleransi .

LIVE.LIFE.ENJOY


50 Bloggers Diperlukan II

Salam hujung minggu ,

Terpanggil umtuk klik di laman  50-bloggers-diperlukan-ii.Saya berminat untuk terus membaca.. lagi dan lagi...
Wah menarik.....

Kenapa ye saya nak menyertai program ini?

Pertamanya .. sudah pasti secara terus terang saya katakan nak menaik kan traffik.Tapi bukan sekdar itu ianya lebih kepada saya untuk mengembangkan jaringan atau network dalam dunia blogger nie.. since saya nie blogger baru amatlah perlu untuk saya menambahkan kenalan dari sini untuk berkongsi idea dan juga pendapat yang bernas.

Untuk lebih maklumat lanjut sila klik link ini. http://www.100penulis.com/2010/12/50-bloggers-diperlukan-ii.html

Saya ingin tag 2 orang rakan blogger saya  :
1. http://asfiedaimpiana.blogspot.com/
2.http://amiys-halusinasi.blogspot.com

LIVE.LIFE.ENJOY




Thursday, December 16, 2010

Stand Mixer..... Apa yang anda perlu tahu...

Salam

Nampak benda kat atas tue?? Hmmm… ini kawan2 food blogger sure kenal , dapat cam punya… Kitchen Aid Mixer..

Semalam jalan –jalan masa lunch kat subang parade.Tiba –tiba ternampak benda alah nie…. I sukkaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat ok.. Sebab nya I suka sebab sangatttttttttttttttt convenience bila nak membakar apa2 ajer including la roti or what ever.For sure this one will be in my WISH LIST untuk hadiah kahwin.. ( ahaksss demand kan Fiza nie). I cakap jer mana tahu impian jadi kenyataan kan.. Heeee
SETIAP CITA-CITA BERMULA DENGAN ANGAN-ANGAN
Betul  tak?? Kenapa saya suka Kitchen Aid Mixer nie.
1.       Kerana saya seorang yang mudah terpengaruh dengan marketing dan advert maka bila saya terpandangkan kitchen  aid nie di AFC , Martha Steward Show ker, Racheal Ray show ker, Micheal smith Chef at Home mana-mana lah saya akan mengagumi bagaimana mixer nie memudahkan hidup mereka dan pastinya akan memudahkan hidup saya.
2.       Saya rasa hidup saya dalam dunia masakan akan bertambah lengkap bila saya memiliki Kitchen Aid nie.Satu gadget di dapur yang sangat effisyen kepada saya.
Ishhh nak citer banyak ……sebab nie kalau nak tulis x habis… apa-apa pun saya berharap saya akan memilikinya satu hari nanti
Faktor –faktor yang perlu diambil kira untuk membeli Stand Mixer
·         Pastikan keperluan : Nak beli mixer untk kegunaan rumah ker nak guna buat bisnes kuih dan kek ker.Sebab membeli mixer tidak mengikut keperluan akan membuat ianya satu pembaziran wang dan juga tenaga serta pembaziran ruang. Kalau nak buat kek yang  tak sampai 1kg rasanya tak perlu beli stand mixer capacity sampai 10 liter kot…
·         Jenis stand mixer : sama ada jenis kepala terangkat ( yang biasa kita guna di rumah) atau pun jenis bowl yang adjustable ( yang nie biasanya guna untuk komersial sebab mangkuk nya lebih besar)
·         Warna stand mixer : Hmmmm .. ini penting jugak sebab nya kalau interior dapur warna merah .. xkan nak pakai mixer kaler hijau pulak kan.. Sebabnya kalau ada pilihan sedondon baik beli yang sedondon.
·         Perlindungan untuk terlebih kapasiti mixer ( hahahha nie bahasa I lah yer): kebiasaan nya lebih baik cari cirri-ciri stand mixer yang mempunyai kepala mixer yang boleh di kunci.Untuk prevent risiko untuk ianya bergerak atau berlaku perkara yg tidak di ingini  kerana keselamatan akan lebih terjamin
·         Pembuatan daripada material stainless steel adalah lebih baik dan tahan lama. Speed 10-12 adalah yang standarddan kebiasaannya mixer akan dilengkapai dengan 3 item :pemukul, cangkuk pengadun doh,dan whisk.
·         Sesetengah mixer juga datang dengan pelindung tumpahan.
Maka buat lah pilihan yang bijak untuk keperluan anda. Sebab kita tak nak bila beli mixer tak sesuai dengan keperluan dan menyebabkan  pembaziran kerana tidak digunakan dengan effisyen.Plus point kalau stand mixer tue tahan lama dan boleh diwarisi kepada anak cucu.. (huhuhuh jauhnya saya memandang) .Ala macam zaman mak mak kita dulu mixer Electrolux tue la yang paling hebat dan canggih dan ada yang masih boleh guna sampai sekarang.


Wednesday, December 15, 2010

Ikan bakar umbai Melaka Bandaraya Bersejarah

Entry tertangguh nie.. Lama sangat dah tertangguh nya... Masa pergi wedding dekat Melaka  on 7/11.Teempat sure kecoh nak pergi mestilah Umbai kan.... Haaaa apa lagi makan dan melantak la bersama partner in heaven nie... HeeeeJom layan gambar. Abaikan muka x senonoh ku yang gelojoh tak menyempat -nyempat nak makan.



Sotong Tepung

Muka teruja dapat makan seafodddddddddddddd

Malau la tue.. Heheheh tengok apa lauk ada tue..

Pencicah air asam dan kicap

Ikan bakar dia memang terbaiikkkkkkkkkkkkkkk

APa lagi Jom makan................

Azam yang dah tercapai atau masih pending.. Tips untuk anda ..Part II


Salam keceriaan ,

Feedback dan komen-komen nampaknya menyatakan macam impossible utk berbuat begitu . Komen anda sgt dihargai. Anda boleh jika anda katakana anda boleh. Setiap orang untuk setiap jenis diet yang bakal di laksanakan mempunyai tahap yang berbeza dan kesesuaian. Mungkin cara ini amat sessuai bagi saya tapi tidak untuk anda. Ini hanyalah sekadar berkongsi pengalaman.Dan mungkin ada di antaranya yang mampu anda lakukan.. For a bigger step u must start a baby step.
Maksudnya jika anda bermula dengan berdikit-dikit saya pasti yang lebih besar pasti mampu dilaksanakan.

Janji saya semalam untk memberikan contoh2 menu tengah hari yang boleh kita amalkan . Memandangkan kebanyak dari kita adalah berkerja maka tengah hari biasa nya pilihan makanan tidak sihat adalah lebih banyak diluar. Seperti entry lepas.. Pilihan di tangan anda . Jom tengok apa yang anda mampu lakukan.

Contoh pilihan menu tengah hari :
Nasi campur : 
Nasi 1 senduk + sayur+lauk ( cuba kurangkan atau elakkan yang berminyak dan berlemak )+air suam ( bukan save budget tapi save kalori gula manis ko… faktor cepat naik berat badan makanan manis  pun yer)
Nasi 1 senduk+sup+ sayur +air suam/bawa bekal air sendiri letak hirisan lemon
Sebenarnya nasi campur paling senang nak pantau apa nak dimakan, sebab selagi anda bijak mix and match lauk memang jadi menu yang complete.TAPI kalau lauk sihat berjenis2 pun semua pilihan x lengkap ada sayur dan lauk memang jadi x sihat.Misalannya , makan nasi dengan lauk yg semuanya berlemak ,bersantan dan berminyak.
Fast Food :
KFC : ayam goring 2 ketul (tanpa kulit ) + coselaw + ½ mash potato + air mineral.
·         Seboleh bolehnya makan ayam bahagian dada. Sebab dada adalah white meat kandungan lemak kurang. Yang suka drumstick itulah bahagian yang paling berlemak .Boleh nak makan seklai sekala bukan setiap hari tau.
·         Mengapa ½ mash potato . Sebabnya dia adalah karbo yang diproses dan kandungan gula pun boleh tahan.
Mcdonald : Elakkan makan fries mcd. Burger boleh ampun lagi rasa nya tapi kalau nak Berjaya sila jangan makan roti. Kalau takut x kenyang makan sebelah roti jer. Boleh minta diorg lebihkan sayur dlm burger. Tapi macam x lengkap kan makan mcd banyak benda nak kena buang, Lagi elok makan jer pilihan lain macam ayam goring tanpa kulit , jagung .Ataupun paling senang ambik jer mc value meal for kids. Kalori jimat poket pun jimat perut pun x ralat.
Pizza Hut / Seangkatan dengan nya : kan variety of salad but dressing please jangan ambil TOO much mayonais and thousand island yer.Cukup sekadar untuk bg ada rasa. CUkup 1 sudu makan kan.. Tak perlu banjir OK.
Subway : bagi saya subway healthy sebab anda boleh request sebanyak mungkin  salad dan sayur sayuran dalam burger tue. Atau pun anda boleh pilih wrap(vegetable wrap ) biasanya subway nie dia conscious dengan orang yang nak low carbo diet atau no karbo diet. Sebab tue dalam menu dia ada benda yang tidak berasaskan karbo.
Teppanyaki : Hmmmmmm.. sangat sedap… boleh order . makan jer.. nasi separuh ok.. garlic goring tue sedap dan berkhasiat. Menu yang terbaik lengkap dengan fibre dan protein.. pilih ajer apa pilihan..
Big Apple : Saper cakap nie boleh makan… Tolong elakkan .. manis melampau u..
Kenny Rogers : Enjoy as u can… complete menu jangan mintak side order macaroni and cheese pulak yerr… banyak pilihan salad dalam tue…
Nandos : Sama jugak complete menu lebihkan sayur yer..
Popia Seed: boleh makan cuma jangan letak keropok2 kat dlm popia tue sayur jer..

Till then akan bersambung lagi untuk menu dinner.

LIFE.LIVE.ENJOY



Tuesday, December 14, 2010

Azam yang dah tercapai atau masih pending.. Tips untuk anda ..

Salam Sejahtera,

Saya pasti bila menjelang nya penghujung 2010 ini semua akan mencongak sama ada azam tahun ini dah berapa banyak dilaksanakan… dan saya pasti juga orang seperti saya dan anda yang berkenaan ada azam yang typical tapi jika terlaksana adalah satu pencapaian yang paling cemerlang untuk tahun tersebut .Dan azam nya ialah  SAYA INGIN KURUS.
Hahahahaha betul tak???? Hmm macam saya apa dah jadi skrang… Mana ada kurus maintain jerk sepanjang tahun…Sementara itu..saya pernah kurus 4 years back.. Macamna saya buat?? Sekadar untuk recall dan peringatan pada diri sendiri lagi sekali.

1.       Kurangkan karbohidrat.. Saya pasti ada yang x boleh hidup tanpa nasi.. Apa maksud saya disini kurangkan portion karbohidrat anda ( nasi , mee, roti , bihun , kuih berasaskan tepung putih dan seangkatan dengan nya ,tak lupa juga pasta , spagethi , lasagna dan juga kaum2 sejenis).Contoh : Kebiasaan nya makan makanan berasaskan karbohidrat sehari 2 kali. Cuba kurangkan kepada sekali sehari.Misalnya juga kebiasaan anda amik portion nasi 3 senduk, kurangkan kepada 1.5 senduk .Atau untuk lebih berani dan lebih kuat semangatnya… jangan makan karbo…

2.       Minum air sekurang-kurang nya 3 liter sehari . “ Wahhhh , banyak nya biasa nak habis seliter pun susah”.Percaya lah pada minggu pertama anda memulakan diet. Ini adalah minggu penyahtoksik anda… Atau pun anda boleh minum seliter air masak yang dicampur bersama dengan 5 sudu makan jus lemon. Kenapa jus lemon. Ini adalah kerana jus lemon membantu proses penyahtoksik anda.Tujuan minum air 3 liter ini adalah untuk membuang segala toksik dalam badan dan turut membantu dalam meningkatkan metabolisme anda.Apabila badan anda ternyah toksin .maka badan tidak perlu bekerja keras untuk membakar lemak kerana separuh daripada proses telah di permudah kan. Bayangkan anda  nak makan sebiji mangga.. anggaplah kulit mangga itu sebagai toksin dalam badan anda. Jika ingin menikmati mangga kita perlu mengupas kulit nya dan ini mengambil masa. Tapi bayangkan jika mangga sudah siap di kopek pasti mudah kan??? Aplikasi kan konsep ini dalam proses berdiet anda.Segala toksik akan dikeluarkan daripada peluh dan urine anda.Dan kulit pun semakin lembab dan cantik.

3.       Kenal pasti kehendak anda..  kenalpasti samaada anda lapar atau sekadar dahaga. Selalunya kita akan terslaah tafsir tentang isyarat tubuh kita.Rasa dahaga di salah erti sebagai rasa lapar. Sebenarnya ketika itu tubuh kita telah kekurangan air. Setiap kali anda rasa lapar .Fikir dan minum segelas air. Jika setelah 10 minit jika masih lapar anda boleh lah makan makanan sihat seperti buah , kismis, prune atau pun kekacang.
4.       Jangan makan malam. Nampak macam tipikal nasihat . Tapi percayalah . Tanpa saya sedar dalam kesibukan bekerja saya kurang makan malam. Bila diperhatikan rupanya saya telah mengalami sedikit penurunan. Sebabnya bila malam badan kurang melakukan aktviti dan kurang kalori terbakar.Jika anda masih makan mlm sehingga anda hendak tidur . Kalori yang anda makan tidak akan terbakar dengan sempurna dan berlakunya timbunan lemak.

5.       Mulakan berjalan kaki 20 minit sehari.Kerana berjalan kaki lebih banyak kalori terbakar.

Skema kan tips kuruskan badan saya diatas. Sangat tipikal hingga kan di mana2 sahaja anda boleh Nampak tips ini.Pada saya tips nie saya dh dengar dari zaman remaja sampai sekarang.. Nak follow … hmmmm rasanya x pernah..Tips simple saya ialah :

1.       Setiap pagi anda bangun dari tido minum air masak 1 liter ( tak perlu gosok gigi OK sebabnya kita perlukan enzim ketika bagun tido dalam mulut anda). Untuk cuci perut.
2.       Pastikan anda makan bfst. Saya cadangkan bfst yang kurang karbo. 
                              Contoh :
Scramble egg + susu + sausage
2 biji telur separuh masak
Ayam pangang ( ala ayam KFC ker ayam percik mlm smlm yang makan x habis simpan dalam peti ) + 3 keping salad ( nak lebih pun xper)
Ommelet dengan bawang ( hahaha bahasa melayu nya telur dadar )
Cereal ( cornflakes , coc o crunch , oat ) dan seangkatan dengan nya Cuma pastikan anda makan dengan susu low fat bukan susu pekat manis. ( lepas tue kalau makin naik don’t blame me ya’ )
Sebiji apple  ( saiz sederhana) + secawan milo

                Antara cadangan saya . Sila lupakan sekejap roti canai , nasi lemak , mee goring , bihun goring ,macaroni goring dan seangkatan. Bila pagi2 dah makan banyak karbo karang tengah hari sure mengigil lutut punya nak makan heavy.
Mesti ada yang cakap… Mana nak sempat buat semua tue.. Pagi2 dah nak kena keluar awal.. Tak pe sayang kat café byk menu yang saya sebutkan kat atas.Cuma anda perlu bijak memilih…
                 Lontong – sila ambil sayur-sayuran tempe dan tauhu lebih pun x pe, kuah agak2 la yer santan tue.. Kuah kacang is a no no. Nasi impit forget it. Boleh ampun la kalau setakat seketul besar kotak mancis tue.

Kan biasanya dia akan ada ayam goreng untuk makan dengan nasi lemak. Yang tue pun boleh. Nak makan bihun boleh .. jangan amik sepinggan . Amik 1 sudu setengah.. Cukup sekadar lapik perut bukam melantak ok. Mee dan koew tiaw x boleh ampun sebab banyak minyak.Bihun plak kurang sikit kalori nya. Kalau mcm nie nya kes. Sebaik baiknya standby la buah ker  kurma ker sebab pukul 10 pagi sure korang akan lapar balik punya.

3.       Senaman ,melainkan semangat kendiri tue sangat kuat kan.. Sila la pergi ke gym atau berjogging . For me simple, naik tangga dan turn tangga kat opis.. Dalam opis tue banyak kan bergerak setakat nak g partition kawan yang sayup mata memandang tapi boleh dengar kita melaung jalan jer la. Melaung kalau dah anak dara jatuh saham dik.. baik ko jalan body sihat ayu pun Nampak. Kalau ibu ibu di rumah.. yesss lakukan aktiviti mengemop kerana sekurang –kurang nya 250 kalori dah terbakar.Atau pun mengemas rumah dan menyental Rumah kemas dan bersih cik abang pun saying . 2 in 1gitu.

4.       Pasti kan anda bersemangat waja terutamanya pabila ada hamba allah akan bertanya “ eh u diet ker??  Tak payah la diet2 nie.. asalkan sihat “ Lupakan saja mereka2 yang cuba mengagalkan niat anda itu.. pekak kan telinga buta kan mata. Senario nie pasti aka nada punya .Tak semua orang suka bila kita nak buiat kebaikan.
5.       Resepi jus ini turut membantu. Celery + Halia + Epal Hijau . Campuran jus ini membantu ketidak hadaman dan juga mencuci system badan anda. Jangan terkejut kalau lepas anda minum  anda akan kerap ke tandas . X kira la air besar ker air kecik.

6.       Minum minuman yogurt atau yogurt setiap malam sebelum tido. Bakteria ini akan  membantu penghadaman anda.

Untuk menu makan tengah hari saya akan letak dalam entry seterusnya.
Apa pun untk Hany.. entry ini untuk anda.

p/s : Saya menulis berdasarkan pengalaman saya. Dan saya sendiri baru memulakan SEMULA tips di atas.
LIVE.LIFE.ENJOY
                





Monday, December 13, 2010

Fakta tentang kopi.

Gambar sekadar hiasan

Salam  Monday .....




Heheeh.. biasa la its monday and sure most of us tgh Monday blues hari nie... Disebabkan faktor monday blues saya mencari sesuatu kelainan hari ini untuk membuatkan hidup saya interesting....Terjumpa peket serbuk kopi Sheraton Bandung dalam drawer. Bila saya buat kopi nie..perghhhhhhhhh layan..
Dah lama x minum kopi begini..


Sejujur -jujurnya pada suatu ketika dulu saya adalah seorang penagih coffee.. Gila nya ketagih.. I need to sip a coffee per day .. If not hidup rasa kosong macam orang kehilangan apa jer dalam hidup. Masa tue saya bekerja di Pusat Bandar Damansara dengan satu company ********. Kebetulan sebelah menyebelah dengan Starbuck .. Perghhhh bayangkan layan brew kopi mcm orang gila.. Dah la dapat diskaun lak sebab jiran sebelah menyebelah kan... Masa tue offer sangat menarik.. buy 1 get free refill.. haaaa ko... peluang depan mata sapu jer lah kan..


Kenikmatan minum kopi nie macam memanaskan enjin diwaktu pagi.Dah minum kopi then roll the balll... Semuanya akan bermula dengan cargasnya... Habit nie makin keterlaluan .. at the end saya kena migraine and bermacam2 lagi . ahaksssss... sendiri mau ingat la kan..


So meh kita share beberapa tips pasal kopi kat sini :


Tips penyimpanan kopi :


Kopi akan mula hilang rasa 6 jam selepas dibakar.Semakin lama terdedah kepada udara semakin kurang rasa atau kualiti kopi.



  • Jangan simpan kopi dalam bekas kaca.Ini akan meyebabkan ianya masuk angin.
  • Jangan simpan serbuk kopi dalam peti sejul.Udara sejuk akan menyebabkan rasa kopi semakin kurang dari hari ke hari
  • Kopi tidak sepatutnya diletakkan di sebelah oven.Kepanasan adalah musuh kepada serbuk kopi anda
  • Kopi juga menyerap bau .Maka jangan simpan didalam peti sejuk. Kerana petua dapur juga  menyatakan serbuk kopi adalah agen terbaik untuk menyerap bau yang tidak enak didalam peti sejuk anda.
  • Simpan kopi dalam bekas kedap udara dan di tempat gelap




Tips untuk membuat kopi:

Air adalah perkara paling penting .Pastikan anda  menyeduh kopi menggunakan air suling atau pun air mineral. Ini kerana air berkenaan dapat menyeduh dan mengeluarkan rasa enak pada kopi.Pastikan suhu air 100 darjah celcius.

Ini saya dapat dari salah satu blogger indonesia . 7-tips-sehat-minum-kopi.php


Kenali Kandungan Caffeine
Setelah mengetahui dosis dan respon tubuh, ada baiknya kita mengetahui kandungan caffeine dalam produk-produk yang sering kita konsumsi. Agar jangan sampai dosis kopi yang dianjurkan sudah tercapai, namun kita masih mengkonsumsi produk-produk lain yang mengandung caffeine sehingga merasakan efek buruk kopi. Beberapa produk lain yang perlu diperhatikan kandungan caffeine seperti misalnya : softdrink, permen kopi, teh, coklat, obat sakit kepala.
Cara pengolahan (roasting dan brewing) juga berpengaruh terhadap kandungan caffeine dalam kopi. Sebagai contoh, sebuah penelitian menunjukkan, secangkir kopi di Starbucks mengandung rata-rata 259 mg caffeine dibandingkan dengan kopi dengan jenis dan ukuran cangkir yang sama di Dunkin Donuts yang hanya mengandung 149 mg caffeine.
Dari penelitian lain, kopi decaf (kopi tanpa caffeine) baik untuk mereka yang mengalami obesitas karena dapat meningkatkan HDL (kolesterol “baik”) sekitar 50%. Sedangkan pada mereka yang tidak mengalami obesitas justru dapat menurunkan kolesterol HDL ini yang dapat meningkatkan resiko penyakit jantung.

Maka selamat menikmati kopi. Minum secara sederhana . Insyaallah tiada nikmat yang akan hilang.
LIVE.LIFE.ENJOY


Sunday, December 12, 2010

Sedih , tiada tempat mengadu?? inginkan pendengar setia? Kini ada penyelesaian nya..

THIS IS STICKY NOTE.SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY

Salam Sejahtera, 

Saya terkesima dengan perkongsian email ini oleh Kak Aniz. Ini membuatkan saya juga teruja untuk mengikuti program Life Coaching KLINIK SUKSES. 

Mungkin anda juga begitu.. jom kita ikuti sama-sama email ini..

[Email ini disiarkan atas kebenaran peserta ini dan nama asal telah ditukar atas persetujuan beliau. Semoga lebih ramai lagi yang akan mendapat manfaatnya, insyallah.. - K. Aniz]
"Salam Aniz,
Jutaan Terima Kasih atas pertolongan Aniz semalam. Semalam seperti satu percutian yang indah sekali. Akak rasa lega, seronok..tak boleh nak digambarkan. Barulah akak tau seronoknya berdoa bila apa yang ada didada ni dah keluar.
Just nak share cerita... Mak akak terseliuh kakinya dah dua minggu dirumah akak. Dah puas ubat itu dan ini, sekejap baik lepas tu bengkak dan sakit balik. Semalam lepas sembahyang Asar, baru akak sedar yg akak tak pernah doakan supaya mak akak sembuh. Masa lepas asar tu akak gunakan teknik Aniz dan berdoa.
Malam tu, akak just jalan-jalan minum teh tarik ngan suami,sebelah kedai tu ada farmasi..secara automatik akak terus tanya ubat kaki mak akak. Dipendekkan cerita masa bangun sahur, mak akak menjerit yg kaki dia dah tak sakit langsung,boleh berjalan. Ya Allah...Syukur sesangat...awesome!!!
Hari ni mak mertua akak suruh masakkan puding telur untuk dia...dasar!!! Walaupun rasa geram sebab lepas tu dia bayar pulak harga puding tu...memang geram tapi rasanya hanya geram kat mulut ajer, kat hati rasa tak berat macam dulu lagi. syukur Alhamdulillah! Lagi satu, anak akak yg sulung nak join personal coaching ngan Aniz, boleh ker...bila aniz free?
Nanti Aniz bagitau ye..."
Menantu idaman Malaya (bukan nama sebenar)

Untuk ikuti lebih lanjut program Life Coaching KLINIK SUKSES boleh klik pada link ini 

Salam hormat dari saya, 

norhafiza amran

http://kliniksukses.anizanwar.com

Saturday, December 11, 2010

TAG from K atie

Thanks K atie.. sudi tag fiza.. meh tengok bawah..









1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.
~Tempe dan Tauhu
~Bihun sup dan semua sup
~Nasi Ulam dan Sayur Keladi.

2.2 jenis air apa yg korang paling suker?
a) Air Tembikai
b) Air Halia

3.Which type of food yg korang prefer,pilih 3... malay,chinese,japanese,westren,italian,mexican,arabian?
~Malay, Chinese, Western, Arabian .. hahahah nak tak lebey x salah kan...
4.Apa makanan yg korang paling expert masak?dlm kata lain,xyah tgk resepi tp at the same time bila org lain rasa,org akan kata 'wah!gila sedap'
~Soto ngan ayam masak kicap dan jugak karamel
5.Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
~Setakat sepinggan RM50 sanggup lagi la
6.Beri nama restorant favourite.apa makanan kt situ yg paling sedap?
~Hmmmm.... mana lagi AL-Rusha ,Jalan Damai ...
7.Ayam,kambing,lembu,itik,burung puyoh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak.mana satu yg korang suker?klu korang ada suke yg lain aku xlist,bgtau je la.
Kamben and Ikan
8.Restorant/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda?dan mkn/minum apa?klu korang ingat la kan?
Restoran Pelita.. hahhahahahahah
9.Apa makanan yg selalu remind korang trhadap pasangan korang?kenapa?
~Subway and Ginger Beefn KOew Tiaw
10.Klu pegi umah orang,korang brharap org tue hidang apa?
~Apa pun i balunnn... hahahahah
11.Makanan yg korang mmg xblh nk telan langsung.samada x sedap/tekak korang dh kembang.
~Ntah rasanya semua makan.. hahaah asalkan bukan batu 
12.Menu raya yg paling disukai.
~Sambal tumis udang
13Jajan/cekedes favourite?
~Cheezel
14.Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?
~Mee Daging Penang
15.Makanan paling pedas yg korang mkn.sapa masak?
~Masak lemak cili api..
16.Korang klu jumpa org yg TAGG ni,apa agaknya korang nk hidang/belanja?
~Apa ajer pun boleh
17.Sila TAG 5 0rg & paksa mereka buat Tag ini?
~X paksa asal ikhlas .. nama bertuah kat bawah....
  1. http://babybiey.blogspot.com
  2. chybeelila
  3. http://tupaikaran.blogspot.com
  4. http://mamafami.blogspot.com
  5. http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com
  6. http://cikmin.com
  7. http://curlybabesatisfaction.blogspot.com


Dah siap.. hope K atie berpuas hati...