Apa yang anda tahu pasal HPV???


Mari mari kakak kakak adik adik abang abang...

Hmmm... saya nak share sesuatu .. Pernah tak tengok iklan kat tv yang ada dia explain pasal remaja perempuan yang kena amik 3 vaksin dalam masa 6 bulan. Vaksin HPV.
Benda nie nampak simple.. tapi bahaya sebenarnya .. kalau ikut adik i yg jd nurse vaksin nie rm800 satu set lengkap dkt private .Boleh call tanya hospital masing2... Hmmmm saya pun rasa nak amik jugak vaksin nie..
Kalau anda sayang isteri , adik-adik , girlfren atau pun kaum wanita nie lebih baik ambil vaksin nie.Cegah sebelum terlambat.


HPV adalah singkatan bagi :

Human Papillomavirus Vaccine


APA ITU HPV?
Human papillomavirus, atau HPV, adalah virus yang menjangkiti kawasan Kulit dan organ Kelamin. Ada lebih dari 100 jenis jenis HPV yang sudah dikenalpasti.Sebahagian menjangkiti kulit dan menghasilkan kutil. Sebahagian menjangkiti organ Kelamin dan menghasilkan kutil pada organ kelamin. Sementara sebahagian lagi menjangkiti organ kelamin yang mengarah ke Kanser Mulut Rahim. Virus-virus tersebut juga boleh menyebabkan Kanser Vagina, Penis dan Anus.
BAGAIMANA penularan HPV?
Virus HPV yang menjangkiti organ Kelamin adalah termasuk Penyakit Kelamin MenularVirus HPV disebarkan melalui kenalan vaginal sex, anal sex, oral sex, atau di antara organ-organ kelamin.Banyak pesakit yang sudah bertahun-tahun terjangkit HPV tanpa menyedarinya dan menularkannya kepada pasangan sex yang lain.
Sangat jarang sekali terjadi, wanita hamil dengan penyakit kelamin HPV boleh menularkan HPV pada bayi yang dilahirkan melalui bersalin secara normal. Dalam kes seperti ini, bayi dapat mengalami pertumbuhan kutil pada tekak atau tempat suaranya. Keadaan tersebut disebut RRP (recurrent respiratory papillomatosis)

APASymtom penularan HPV?
Jenis-jenis virus HPV yang boleh menyebabkan Kanser sering disebut sebagai "Jangkitan diam", kerana tidak ada gejala-gejala yang jelas, bahkan seseorang boleh sama sekali tidak tahu bahawa dirinya sudah dijangkiti kerana kebanyakan pesakit HPV tidak mengalami gejala-gejala ataupun masalah kesihatan. Pada wanita, yang menjadi kebimbangan utama adalah Jangkitan pada Mulut Rahim.Jangkitan tersebut boleh mengarah pada perubahan sel-sel mulut rahim yang boleh diselidiki dengan mikroskop melalui ujian Pap Smear.
Jenis-jenis virus HPV yang menyebabkan Kutil pada organ kelamin, tidak menyebabkan Kanser. Kutil pada organ kelamin boleh berbentuk benjolan yang rata, satu benjolan atau bahkan berkelompok membentuk seperti bunga kobis kecil. Kutil boleh timbul di bahagian Vulva (bahagian luar vagina), cervix (Mulut Rahim), Penis, Scrotum (Pelir), rectum (Anus), atau sekitar paha. Kutil boleh timbul dalam masa beberapa minggu atau bulan selepas berlaku kenalan seksual dengan seorang pesakit HPV. Atau bahkan tidak timbul sama sekali. Apabila dibiarkan tanpa rawatan, kutil boleh menghilang begitu saja, tetap pada membentuk semula, atau bertambah dalam jumlah dan saiz, tetapi tidak akan menjadi barah.
BAGAIMANA pencegahan penularan HPV?
Setiap orang yang sudah melakukan aktiviti sex berisiko untuk dijangkiti.Dengan melakukan hubungan kelamin secara selamat, dengan tidak berganti-ganti pasangan , dan setia pada pasangan akan mengurangkan risiko tersebut. Namun demikian sangat sukar untuk memastikan apakah seseorang sudah pernah dijangkiti HPV bila seseorang itu pernah aktif secara seksual sebelum ini.
Kondom boleh mengurangkan risiko penularan HPV seperti kutil kelamin dan kanser mulut rahim bila digunakan secara betul(secara langsung dan sepanjang masa).Tetapi kondom tidak dapat melindungi bahagian kulit yang lain yang tidak tertutupi oleh kondom. Jadi Kondom tidak melindungi seseorang secara menyeluruh daripada virus HPV


APA SAJA EFEK JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG HPV?
HPV boleh menyebabkan sel-sel yang normal pada kulit yang dijangkiti berubah menjadi abnormal. Seringkali kita tidak dapat merasakan perubahan-perubahan sel tersebut. Pada banyak kes, kekebalan tubuh kita melawan HPV secara semulajadi dan mengubah sel-sel abnormal kembali menjadi normal.
Kadang-kadang pada virus HPV diklasifikasikan sebagai  'RISIKO RENDAH', boleh menyebabkan perubahan dalam bentuk kutil kelamin.
Akan tetapi pada virus HPV yang diklasifikasikan 'RISIKO TINGGI, apabila tidak dihilangkan oleh sistem kekebalan tubuh, sehingga bertahan bertahun-tahun boleh mengubah sel-sel abnormal menjadi kanser. Sekitar 10% dari wanita yang terjangkit HPV jenis 'RISIKO TINGGI, akan mengalami jangkitan jangka panjang yang membuat mereka berisiko tinggi untuk terkena Kanser Mulut Rahim.Hal yang sama juga berlaku pada zakar, anus, vulva, atau vagina, jangkitan jangka panjang boleh menyebabkan kanser pada kawasan tersebut. Walau tidak kerap seperti Kanser Mulut Rahim.
Kurang lebih 20 juta orang Amerika saat ini dijangkiti HPV, dan diprediksi 6,2 juta selanjutnya akan terjangkit pada setiap tahunnya. Paling tidak 50% dari lelaki dan wanita yang aktif secara seksual terdedah kepada penyakit kelamin HPV pada suatu masa dalam hidupnya.
Populasi masyarakat tertentu berisiko lebih tinggi terkena kanser yang berkaitan dengan HPV, seperti lelaki Gay dan Biseksual, and seseorang yang mempunyai sistem kekebalan tubuh lemah (termasuk mereka yang sudah terjangkit HIV / AIDS)
APAKAH ADA UBAT UNTUK HPV?
Tidak ada ubat untuk jangkitan HPV itu sendiri, akan tetapi ada rawatan untuk kesan-kesan daripada HPV.Kutil pada organ kelamin boleh dihilangkan dengan ubat berbentuk gel atau krim, atau dengan kaedah-kaedah pembedahan tertentu.Bila keabnormalan pada sel-sel mulut rahim ditemui selepas ujian Pap Smear, biasanya dilakukan pemeriksaan lebih lanjut dengan Colposcopy . Kelainan pada permukaan mulut rahim boleh dihilangkan dengan kaedah-kaedah pembedahan tertentu.
APAKAH PENEMUAN PERUBATAN TERAKHIR DALAM PENCEGAHAN HPV?
Khabar gembira dengan penemuan vaksin pencegah HPV yang dinamakan Gardasil ®, yang terbukti berkesan melawan virus HPV jenis 6, 11, 16 dan 18. Virus jenis 6 dan 11 adalah punca kebanyakan dari kutil pada organ kelamin. Namun kerana vaksin tersebut tidak menghalang semua jenis virus HPV, wanita yang sudah divaksin pun masih harus tetap melakukan ujian Pap Smear. Sedangkan virus HPV jenis 16 dan 18 adalah penyebab dari kebanyakan Kanser Mulut Rahim. Vaksin kedua akan akan diluluskan di masa yang akan datang yang akan melindungi wanita dari virus HPV jenis 16 dan 18 dinamakan CERVARIX ®.Masih dilakukan kajian klinikal dalam keberkesanan vaksin HPV pada lelaki.



Info di kongsi dari HPV

Comments

Popular Posts