Sambal Udang Simple.....

Salam Selasa ,
BErsiaran dari rumah hari ini.. Bestnya kan dapat duduk rumah time orang lain semua kat office berkerja...Kisahnya semalam saya balik keje dlm pukul 6.30 pm .Jalan jem tuhan jer tahu 2 jam kot tersangkut dari batu tiga tol nak ke shah alam.. Tuhan jer tahu macam mana dengan perasaan saya masa tue.. Dengan sikap pemandu yang kiasu nya..Tiba-tiba kereta saya enjin bergegar dengan kuat sekali.. risau nya apa masalah pulak nie... Terus dushhhh pergi rumah kawan sebab husband dia seorang mekanik... check punya chek rupanya coil problem dan meyebabkan piston enjin saya 2-3 piston sahaja yang berfungsi... Aiii.. esok lusa nak raya.. duit lagi..... hmmmm kesudahan nya saya berada dirumah menunggu mekanik call utk collect kereta so secara tak rasmi nya hari ini saya EL.
Dah duduk rumah x boleh nak bergerak kemana-mana  patah kaki la katakan.....Maka terjadilah resepi kita hari ini iaitu
Sambal udang simple ..Resepi di bawah ..




Bahan- bahan :

12- 15 ekor Udang Segar
5 sudu besar Cili giling
Bawang putih dan bawang merah saiz sederhana
asam keping
gula
garam

Kaedah-kaedah :

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan cili giling.Goreng sampai garing.
  3. Masukkan sedikit air masak sampai cili masak.
  4. Masukkan gula , gram dan asam.
  5. AKhir sekali masukkan udang.Masak seketika dan angkat
sedia untuk dihidangkan

LIVE.LIFE. ENJOY



Comments

sedapnye....



btw...

do folow me yea?

http://owlkieranaa.blogspot.com/

tq~
Nuridah said…
Salam,

terliur akak tengok sambal udg ni..mkn ngan nasi panas2 lagi sedapkan.

Popular Posts